Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Aiskrim Vanilla Coklat. Mudah Jer! Anak-Anak Comfirm Suka.

Aiskrim vanilla coklat
0 7,190

Pernah viral satu ketika dulu aiskrim vanilla coklat ni. Asal video yang kongsikan tak pasti pula dari media sosial mana. Tapi semakin tular ke twitter, facebook, instagram dan juga tik tok. Hasil dari viral tu, mula ramai yang buka jualan aiskrim vanilla coklat ni.

Nak buat asikrim vanilla coklat ni ada banyak versi. Ada yang buat dengan menggunakan coki-coki. Ada yang guankan coklat masakan. Jika gunakan coklat masakan, aiskrim kita akan jadi keras bahagian coklatnya.

Sedap betul dapat makan aiskrim ni musim panas. Bukak je peti ais dah boleh makan. Tak perlu lagi nak ke kedai selalu kan.  Jimat masa, jimatkan tenaga dan jimat juga duitnya.

Aiskrim coklat vanilla ni anak-anak paling suka sekali. Gabungan coklat dan vanilla memang mantap bila dah keras menjadi aiskrim.  Jika ada yang suka tambah perasa lain pun, boleh tambahkan sahaja.

Perkongsian resepi oleh Cik Puan Rohaya Zulkarnanin Aya ni antara resepi yang paling mudah kita nak buat dan simple sahaja bahan-bahannya. Semua orang boleh buat untuk simpanan stok masing-masing.

 

RESEPI AISKRIM VANILLA COKLAT

Bahan-bahan yang digunakan boleh digandakan sekiranya kita nak buat banyak. Sebab ukuran bahan yang saya kongsikan ni, boleh buat dalam 5-6 batang sahaja jika Panjang, dan 7-8 batang jika sedikit pendek.  Boleh rujuk pada gambar ya.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • ¾ cawan susu pekat
  • 2 kotak kecil susu full cream
  • 1 sudu besar ovelete
  • 2 sudu kecil perisa vanilla

 

TOPPING COKLAT :
  • 200 gram chocolate milk
  • 100 gram dark chocolate

 

CARA PENYEDIAAN AISKRIM VANILLA  COKLAT :

▶ Mula-mula sekali, pukul semua bahan aiskrim sehingga gebu. Anggaran dalam 20 minit sehingga jadi putih dan kembang.

▶ Kemudian tuangkan dalam jug bermuncung supaya mudah untuk masukkan dalam plastik aiskrim sekejap lagi.

▶ Untuk topping coklat, cairkan menggunakan kaedah double boiling. Jangan terkena air walaupun setitik pun.

▶ Dah cair, biarkan suam sekejap. Kemudian masukkan coklat dalam piping bag.

▶ Picit coklat dalam plastik aiskrim. Ratakan coklat dan pastikan ketebalannya sama untuk setiap aiskrim.

▶ Untuk ratakan, boleh gunakan pisau atau biasa orang guna kad. Supaya ianya rata sekata je.

▶ Seterusnya, tuang vanilla kita tadi ke dalam plastik aiskrim. Hentak-hentak sikit supaya padat.

▶ Ikat dan bekukan dalam freezer. Biarkan dalam dalam 5 jam lebih untuk pastikan ianya betul-betul keras.

▶ Bila dah keras, siap dan bolehlah dimakan.

BACA JUGA: Cara Buat Kepak Ayam Manis Pedas. Tak Perlu Bakar Pun Sedap!

Jika ada yang nak gunakan resepi ni sebagai sumber jualan pun boleh. Kita doakan pemilik resepi aiskrim vanilla coklat ini murah rezekinya dan sudah pasti ianya dikongsikan untuk diberi manfaat bersama kan.

Yang tak berniat nak buat jualan pun boleh buat banyak dan simpan dalam freezer rumah. Anak-anak bila nak makan ada je dalam peti. Tinggal bukak muncungnya dan makan sahaja. Mudah kan bila semua ada dalam peti.

Tapi bahagian vanillanya tadi, boleh kurangkan susu pekat kalau korang tak nak ianya manis sangat sebab kita tahu, anak-anak pasti gemarkan makan aiskrim ni. Lepas makan, wajibkan gosok gigi sebelum tidur supaya gigi mereka tak cepat rosak, okay!

Selamat mencuba ibu-ibu semua..

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open