Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Kuih Puteri Ayu Lembut Dan Gebu. Tip Elakkan Kelapa Parut Cepat Basi!
Siapa yang asalnya dari kampung mesti tahu kan kuih puteri ayu ni. Selalu sangat buat untuk makan pagi atau petang. Kuih berwarna hijau dengan kelapa parut di bahagian atasnya memang menjadi kegemaran kita.
Kuih puteri ayu ni lebih lembut lebih sedap. Makan waktu sejuk pun kekal lembut sahaja. Isi kelapa parut yang digunakan pula daripada kelapa yang sedang, tak tidak terlalu tua dan tidak muda.
Perkongsian kali ini, saya nak share macam mana nak buat kuih puteri ayu yang sedap, gebu dan lembut walaupun sejuk. Follow resepi daripada Cik Puan Maria Khalisya Khalish ni sekali buat pun terus menjadi.
Resepi ni mudah nak buat, jadi jika ada yang nak buat sebagai hidangan minum petang atau makan pagi kita memang sesuai sangat. Kuih puteri ayu ni antara kuih yang dapat sambutan dan permintaan tau kalau ada majlis kecil-kecilan.
Dekat bawah ni saya kongsikan apa bahan yang digunakan untuk buat kuih puteri ayu ni. Ikut step by step dekat bawah ni untuk dapatkan hasil yang super sedap.
RESEPI KUIH PUTERI AYU
Ada sesetengah orang yang suka warnakan kuih puteri ayu ni dengan beberapa pewarna lain. Ikut selera kita, ikut kreativiti masing-masing ye.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
BAHAN A :
- 1 cawan gula
- 3 biji telur
- 1 sudu makan ovelete
- 1 sudu kecil pewarna hijau
- 1 sudu kecil perasa pandan ( pandan emelco )
BAHANA B :
- 1 cawan santan cair
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan minyak masak
BAHAN KELAPA :
- Kelapa parut ( ambil putihnya sahaja)
- 1 sudu makan tepung ubi
- Garam
CARA PENYEDIAAN KUIH PUTERI AYU :
▶ Mula-mula campurkan semua bahan A dan pukul sampai kembang. Pastikan ovelete betul-betul kembang tau.
▶ Kemudian, bila adunan bahan A dah kembang, masukkan bahan B dan pukul lagi sampai sebati.
▶ Sapukan acuan dengan minyak masak. Gaulkan kelapa dengan tepung ubi dan garam secukup rasa.
▶ Masukkan sedikit kelapa parut ke dalam acuan dan tekan sampai padat. Pastikan semua bahagian tertutup dengan kelapa.
▶ Tuangkan adunan ke dalam acuan.
▶ Sementara tu panaskan pengukus. Air dah mendidih, boleh kukus kuih kita sampai masak. atau selama 25 minit.
▶ Dah masak, boleh keluarkan daripada acuan. Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Aiskrim Vanilla Coklat. Mudah Jer! Anak-Anak Comfirm Suka.
Kuih puteri ayu ni, sedap dimakan suam-suam macam tu. Waktu tu dia punya gebu memang tak boleh bincang. Setiap suapan kopekkan kuih tu beserta dengan kelapa bahagian atasnya tu memang sedap!
Ada yang tak pandai buat kuih puteri ayu ni, sebab ianya kuih orang lama-lama. Takut tak jadi kan. Tapi jangan risau. Ikut je resepi saya share ni. Confirm menjadi.
Nak menarik gunakan beberapa warna supaya dapat bahagikan dengan anak-anak. Tidaklah mereke berebut nanti kan. Masing-masing ada warna tersendiri. Kreatif betul emaknya kan.
Kepada yang nak mencuba, saya ucapkan selamat maju jaya!