Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Laksam Terengganu Yang Sedap Berlemak! Resepi Lengkap Semua Bahan.
Bagi orang Pantai Timur mungkin sudah biasa makan laksam kan? Makanan ni asalnya memang dari sana. Jadi tidak hairanlah jika mereka ni golongan yang pandai hasilkan rasa laksam yang sedap.
Bagi yang luar dari Pantai Timur dan pernah sesekali makan laksam waktu berkunjung di sana, susah kan nak dapat di Kawasan kita. Nak jumpa yang sedap tu bertambahlah susahnya.
Tapi itu dulu saya rasa. Sekarang ni semakin hari semakin ramai yang dah mula pandai kerana orang Pantai Timur yang kongsikan cara nak hasilkan laksam yang tersedap ni. Haa!
Seperti resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Ariana Sofia Ahmad ni, suka saya nak sharekan dengan korang sebab ianya sangat lengkap dan mudah untuk diikuti.
Untuk yang baru nak belajar buat laksam, wajib follow resepi ni. Tak sempat nak buat sekarang, sharekan dulu supaya lebih ramai yang dapat manfaat yang sama.
RESEPI LAKSAM PANTAI TIMUR
Dalam resepi ni, saya kongsikan resepi daripada Negeri Terengganu. Mungkin ada bezanya laksam Kelantan dan Tereggangu namun pemilik resepi ni kongsikan cara yang biasa beliau buat sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
BAHAN LAKSAM :
- 4 cawan tepung beras ( cap Teratai )
- 4 ½ cawan air
BAHAN REBUSAN IKAN :
- 1 kilogram ikan Selayang
- 5 keping asam keping
- 1 sudu kecil garam
- Air biasa
BAHAN KUAH :
- 4 cawan santan pekat
- 2 cawab air rebusan ikan
- 1 sudu kecil garam
- 1 ½ sudu besar gula
- 1 sudu besar lada hitam ( tumbuk hancur)
- 8 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
BAHAN HIASAN :
- Daun kesum
- Timun
- Taugeh
- Belacan bakar
- Cili giling
- Kobis
- Kacang Panjang
CARA PENYEDIAAN LAKSAM DAN KUAHNYA :
▶ Mula-mula sekali, kita akan buat laksamnya terlebih dahulu. Masukkan tepung beras dalam bekas. Boleh ayakkan jika perlu.
▶ Masukkan air dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul.
▶ Sapu minyak pada sekeliling loyang. Nak gunakan tudung periuk juga boleh. Asalkan ianya rata dan sekata.
▶ Tuang dalam 3 senduk bancuhan tepung tadi. ikut kesesuaian bekas. Jangan terlalu nipis dan jangan juga terlalu tebal tau.
▶ Kukus selama 3-5 minit sehingga adunan gelembung dan masak sekata.
▶ Bila dah masak, terus gulung. Boleh gulung guna apa-apa jua bahan, termasuk tangan tapi hati-hati sebab ianya masih panas.
▶ Buat sampai habis adunan. Laksamnya dah siap, jom kita buat kuahnya pula.
▶ Rebus ikan dengan bahan-bahan di atas. Biarkan ikan masak sempurna. Dan air rebusan jangan dibuang ye, sebab kita akan gunakan untuk kuahnya nanti.
▶ Bila dah siap rebus, sediakan bahan-bahan lain untuk kuahnya kecuali lada hitam. Kisar semua bahan-bahan ni sehingga hancur lumat.
▶ Tuang ke dalam kuah rebusan ikan tadi. Jika air rebusan kering, gunakan air biasa pun boleh. Sebaiknya lebihkan air ketika rebus ikan supaya ada baki. Kacau biar kuah sebati
▶ Kemudian, masukkan lada hitam yang telah ditumbuk hancur, gula, garam dan santan pekat. Teruskan kacau sampai kuah mendidih.
▶ Bila kuah dah mendidih, terus tutup api. Jangan sampai ianya terlalu pekat. Sebab bila kuah dah sejuk, akan jadi lebih pekat.
▶ Sediakan pula bahan-bahan untuk hiasan. Hiris halus semua bahan dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Simple Buat Ubi Getuk. Resepi Lejen Dari Kampung. Confirm Jadi!
Fuuh! Memerlukan semangat yang tinggi untuk hasilkan rasa laksam yang sedap dan marvellous macam ni. Jangan lupa hidangkan juga dengan belacan bakar dan cili giling. Gaulkan semua dalam mangkuk laksam kita. Bila makan tu memang sedap!
Laksam ni kalau buat memang selamat untuk anak-anak. Boleh jadi makanan kegemaran mereka lah sebab rasa berlemak manis dan tidak pedas. Sesuai juga dihidangkan untuk musim raya.
Macam mana? Mudah kan nak buat laksam ni kalau ikut step by step yang dikongsikan oleh Cik Puan Ariana ni. InsyaAllah semua orang boleh hasilkan rasa yang sama. Cubalah!