Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Sarang Semut Untuk Minum Petang. Mudah Dan Semestinya Sedap!

0 128

Dah lama tak dapat makan kuih sarang semut. Nak beli kat luar tak jumpa-jumpa orang jual kuih ni. Last aku decide buat sendiri je kat rumah. Aku follow resepi kuih sarang semut yang aku jumpa kat Facebook ni. 

Kuih ni di panggil sebagai sarang semut mungkin di sebabkan teksturnya yang berongga atau berlubang halus. Kuih ni sesuai dijadikan hidangan minum petang. Layan dengan kopi atau tea panas memang sedap. 

Daripada gula yang putih dimasak sampai menjadi karamel. Kemudian, di adun dengan tepung untuk di bakar. Tak guna oven pun boleh ye. Kita bakar atas dapur je guna kuali. Nak tau teknik, kena tengok resepi ni sampai habis. 

Resepi sarang semut ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Iedaa Jahaya. Resepi tersangatlah mudah. Lepas bakar boleh potong kuih dan makan panas-panas. Memang sedap giler!

Kuih sarang semut ni merupakan kuih traditional orang Melayu yang ramai penggemarnya. Bila ada rumah terbuka, majlis kenduri kendara atau jamuan. Kuih ni sering di sediakan. Makan kuih ni tak cukup sepotong ye. 

RESEPI KUIH SARANG SEMUT  

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyedian sarang semut ni. Step memasak seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 1 cwn gula
  • 250ml air panas
  • 80g butter
  • 3 bji telur
  • Esen vanilla
  • 3 sdb susu pekat
Bahan kering : 
  • 11/4 cwn tepung gandum
  • 1sdk baking powder
  • 1/2sdk baking soda
  • Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN KUIH SARANG SEMUT :  

▶️ Masak 1 cwn gula hingga jadi karamel.

▶️ Tuangkan pulak 250ml air panas perlahan-lahan. Biar gula larut dan mendidih.

▶️ Kemudian, masukkan 80g butter. Kacau dan biar butter cair dan mendidih. Tutup api dan ketepikan dulu.

▶️ Sediakan bahan kering dalam 1 bekas. Campur sebati.

▶️ Kemudiaan, masukkan karamel sikit-sikit tuang dan kacau guna whisk hingga adunan yang tak berketul.

▶️ Pecahkan 3 bji telur masuk dalam adunan dan kacau hingga betul-betul sebati.

▶️ Masukkan esen vanilla, 3 sdb susu pekat dan kacau hingga betul-betul sebati.

▶️ Oles loyang dengan butter.

▶️ Panaskan kuali dahulu 15 minit.

▶️ Tapis adunan masuk ke dalam loyang.

▶️ Seterusnya masuk loyang ke dalam kuali. Kena tutup ye kuali tu.

▶️ Tutup dan bakar hingga masak.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Salad Timun Yogurt Yang Viral. Sedap, Refreshing Dan Senang Nak Buat!

 

Takde oven pun boleh buat kuih sarang semut ni. Janji korang follow je teknik bakar  yang betul. Tekstur kuih ni mestilah berongga atau berlubang halus. Baru lah menjadi kuih sarang semut kita. 

Rasa kuih ni rasa manis gula. Tapi tahap manisnya boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Tak manis tak sedap pulak kan. Orang kata makan manis sekali sekala takpe. Jangan selalu sangat. Tapi manis kuih ni just nice bagi aku si penggemar kuih sarang semut ni.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Iedaa Jahaya kerana sudi berkongsi resepi kuih sarang semut yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open