Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Buat Kek Coklat Dua Bahan Gunakan Chipsmore. Tak Sangka Menjadi Dan Marvellous!

Kek 2 bahan yang simple dan sedap
0 1,079

Pernah tak makan kek dua bahan tapi sedap sehingga menjilat jari? Haa! Mesti ada yang kata mana mungkin ada kek menggunakan 2 bahan. Kek Coklat Dua Bahan yang saya nak kongsikan dekat bawah ni pasti buat korang rasa teruja.

Betul, hanya menggunakan dua bahan sahaja, dah boleh hasilkan kek coklat yang super sedap. Dan kek ni sangat mudah dibuat dan sesuai untuk dibuat bersama anak-anak.

Kek coklat ini nak buat makan petang boleh, nak buat untuk majlis pun boleh sebab ianya sedap dan simple je nak buat dia.

Asalnya resepi ini dikongsikan oleh Cik Puan Norashikin Ibrahim. Banyak dah resepi-resepi 2 bahan, 3 bahan yang mudah nak buat kek coklat ni.

Sesekali nak makan kek coklat buatan sendiri lepas ni bolehlah buat sendiri je bila dah tahu cara nak hasilkan kek coklat yang mudah nak marvellous.

 

RESEPI KEK COKLAT DUA BAHAN

Nak buat kek coklat memang ada pelbagai versi dan pelbagai rasa. Sebab bahan yang digunakan juga berbeza-beza. Oleh itu, bagi yang nak buat simple dan sekadar nak rasa je, bolehlah cuba buat resepi yang saya kongsikan ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 paket besar biskut chipsmore
  • 200 ml susu dutch lady coklat

CARA PENYEDIAAN KEK COKLAT DUA BAHAN :

▶ Patahkan biskut dan masukkan ke dalam mesin pengisar

▶ Kemudian, tuang susu dutch lady dan kisar bersama.

▶ Pastikan kisar hancur semua bahan.

▶ Sediakan acuan, oles acuan dengan minyak.

▶ Seterusnya, tuang bahan kek ke dalam acuan kita.

▶ Kukus selama 30 minit atau sehingga kek kita masak.

▶ Untuk pastikan dia masak, cucuk dengan lidi dan pastikan tiada bahan yang terlekat pada lidi tersebut.

▶ Dah siap dimasak, sejukkan seketika sebelum keluarkan daripada loyang.

▶ Sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Laksam Terengganu Yang Sedap Berlemak! Resepi Lengkap Semua Bahan.

 

Dah siap kek dua bahan kita. Bolehlah dimakan dengan sedapnya. Namun, untuk hiaskan kek kita supaya menjadi cantik dan menarik, bolehlah tuang sos coklat dan tabur coklat rice di atasnya.

Namun, ianya mengikut kreativiti kita tersendiri. Ada yang suka taburkan coklat chip juga boleh. Manakan untuk sos coklatnya, boleh cairkan coklat masakan dicampurkan dengan susu segar.

Make sure cairkan dengan menggunakan Teknik double boiling untuk rasa yang lebih sedap. Akan tetapi, jika nak gunakan hershey’s syrup juga boleh dan lebih mudah. Saya ucapkan selamat mencuba buat semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open