Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Bihun Goreng Singapore Terlajak Sedap. Failed Kalau Tak Ada 2 Bahan Ni!

Bihun goreng singapore marvelous
0 16,837

Ada yang suka makan bihun goreng Singapore? Confirm bertambah makan kalau dihidangkan bihun goreng Singapore ni pagi-pagi. Rasa dia memang marvellous  dengan pedas lada hitam tu.

Ada yang buat bihun goreng ni simple betul. Asal ada rasa lada hitam je kan. Tapi sebenarnya nak buat bihun goreng Singapore yang sedap dan padu mestilah kena ada bahan-bahan lain yang meriah dan mewah.

Paling suka makan bihun goreng Singapore ni sudah tentu anak-anak sebab rasa dia tidak pedas. Untuk dewasa, wajiblah buat sambal kicap sekali. Baru padu!

Resepi bihun goreng yang saya nak kongsikan hari ni adalah resepi milik Cik Puan Habeebah Md Daud. Lengkap dengan gambar-gambar untuk memudahkan kita tinggal follow je.

Key nak jadikan bihun goreng Singapore ni bukanlah terletak pada lada hitamnya sahaja tapi udang kering juga memainkan peranan penting untuk bihun goreng kita.

 

RESEPI BIHUN GORENG SINGAPORE

Untuk bahan lain, boleh gunakan apa sahaja yang kita nak makan. Ayam, udang dan sotong boleh digunakan untuk terpulang kepada kita.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 biji bawang besar ( belah 4)
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 inci halia
  • Udang ( kopek kulitnya)
  • 400 gram bihun ( direndam bagi lembut)
  • Kucai
  • Lobak Merah

 

CARA PENYEDIAAN BIHUN GORENG SINGAPORE :

▶ Mula-mula sekali, kisar bawang besar, bawang putih, lada hitam, udang kering dan juga halia. Kisar sampai hancur ye.

▶ Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing atau menjadi warna kekuningan.

▶ Seterusnya, perasakan dengan gula, garam dan juga serbuk perasa.

▶ Masukkan udang dan biarkan masak seketika.

▶ Kemudian, masukkan bihun yang dah lembut tadi. Toskan airnya dulu tau.

▶ Akhir sekali, masukkkan daun kucai dan juga lobak merah.

▶ Nak meriah, taburkan cili merah bersama.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan.

BACA JUGA: Cara Buat Sotong Siram Ala Thai. Resepi Simple Je Tapi Sedap Menjilat Jari!

Nak makan bihun Singapore ni siapkan sekali dengan sambal kicapnya tau. Barulah ngam makan bersama. Resepi sambal kicap saya pernah  kongsikan dah sebelum ni. Jaid boleh check balik ya.

Paling sesuai nak makan bihun goreng Singapore ni, bukanlah hanya waktu pagi sebagai sarapan. Boleh juga buat untuk minum petang atau nak berkelah pun sesuai. Simple dan kenyang lagi tau.

Kepada yang nak mencuba buat bihun goreng Singapore ni, follow je step by step resepi dekat atas ni. Selamat mencuba saya ucapkan ye.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open