Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Boba Milk Tea Cake Viral Yang Paling Sedap Dan Gebu. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!
Ingat tak lagi, air boba milk tea pernah viral dulu? Ha! Apa kata kali ni kita cuba buat resepi boba milk tea cake. Sedap dan gebu sangat hasilnya. Dari minuman viral, jom kita ubah cita rasa pada cake pula.
Nak buat kek ni sebenarnya tak lah susah mana pun. Tapi wajib penuh dengan kesabaran. Semua jenis kek yang nak cantik memang perlukan keteliatian dan kesabaran. Betul tak?
Actually, kek ni boleh dibuat menggunakan kek chiffon sebab teksture nya lebih gebu dan ringan. Tapi, semuanya bergantung pada cita rasa masing-masing. Lain orang lain la cita rasanya kan.
Fuhh, tengok sekali memeng leleh air liur dibuatnya! Boleh simpan dalam peti dulu bagi sejuk baru makan. Memang super delicious. So, korang yang suka minum boba milk tea tu, wajib try resepi ni!
Anda cuma perlu ikut je sebijik-sebijik resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nurbazlyn Husna ni. Confirm menjadi! Yang penting rajin. Buat untuk anak-anak hujung minggu, mesti mereka seronok.
Resepi Boba Milk Tea Cake
Ada juga yang Jual kek ni secara online. Tapi tak puas makan lah kan. Sebab mahal juga harganya. Lebih jimat dan berbaloi kalau buat sendiri. So, jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- 40ml Air
- 1sdb Susu pekat
- 1 Uncang teh BOH
Bahan B :
- 3 biji Kuning telur
- 20g Gula kastor
- 40ml minyak jagung
- 60g Tepung Kek
Bahan C :
- 3 biji Putih telur
- 40g Gula castor
- 1sdk Esen vanilla
Bahan untuk cream dan topping :
Bahan 1 :
- 1/2 cwn Air
- 2sdb Susu pekat
- 1 Uncang teh
- 5sdb Gula
- 1sdb Tepung kastad (dilarutkan dalam air sedikit dahulu, barulah diletakkan ke dalam adunan.
Bahan 2 :
- Boba pearl segera (Boleh dapatkan di kedai bakery/ online)
- Air gula melaka + Brown sugar (Dimasak sehingga pekat)
Bahan 3 :
- Whipping cream (agak-agak je banyak mana)
CARA PENYEDIAAN BOBA MILK TEA CAKE :
Cara penyediaan bahan A :
▶️ Kacau bahan A sampai sebati di atas api yang perlahan. Dah larut, ketepikan.
Cara penyediaan bahan B :
▶️ Kacau kuning telur dan gula kastor menggunakan whisk sampai sebati.
▶️ Masukkan minyak jagung dan bahan A tadi. Kemudian, kacau sampai sebati.
▶️ Masukkan tepung kek dan kacau lagi sampai sebati.
Cara penyediaan bahan C :
▶️ Campurkan putih telur, gula castor dan esen vanilla. Kemudian, pukul sampai bertanduk.
▶️ Satukan bahan B dan C. Kacau guna spatula sahaja.
▶️ Letak dalam loyang 8 inci dan bakar menggunakan suhu 160C selama 35 -40 minit.
Cara penyediaan cream dan topping :
Cara penyediaan bahan 1 :
▶️ Panaskan bahan 1 atas api perlahan dan kacau sampai larut dan pekat. Bila pekat je tutup api.
Cara penyediaan bahan 2 :
▶️ Rebuskan boba pearl segera dalam 30-40 minit supaya lembut.
▶️ Campurkan air gula melaka + brown sugar dan masak sampai pekat.
▶️ Boba yang telah masak tadi di masukkan ke dalam air gula melaka yang sudah pekat. Kemudian, kacau sampai sebati.
Cara penyediaan bahan 3 :
▶️ Masukkan bahan 1 tadi dan mix sampai separa kembang iaitu tak terlalu pekat dan takterlalu cair
▶️ Lepas siap semuanya, tuangkan cream yang dah siap atas kek.
▶️ Akhir sekali, letak boba pearl. Siap!
BACA JUGA : Resepi Sambal Tempe, Bilis Dan Kacang Yang Paling Sedap. Boleh Lah Buat Stok Untuk Bulan Puasa Nanti!
Fuh siap untuk di sejukkan dan dihidang! Nak buat kek ni memang menguji kesabaran. Tapi, sebenarnya tak susah mana pun. Dan percayalah lepas kek siap nanti hilang segala penat-penat tu sebab teruja melihat hasil kek yang cantik dan gebu!
Terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Nurbazlyn Husna kerana sudi berkongsi resepi ini di Facebook buat kita semua. Untuk pengetahuan, beliau adalah seorang yang sangat rajin berkongsi resepi di wall Facebook milik beliau dan juga di group-group masakan.
Akhir sekali, semoga perkongsian resepi boba milk tea cake yang cantik dan gebu ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!