Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Kedondong Asam Boi Untuk Kudapan Di Rumah. Kecur Liur Dibuatnya!
Dah banyak share lauk pauk, kuih muih dan dessert. Kali ni jom kita try buat kedondong asam boi. Boleh buat kudapan kat rumah nanti. Kedondong asam boi ni korang nak buat aiskrim satu Malaysia pun boleh ye. Sedap sangat!
Tak susah mana pun nak buat kedondong asam boi ni. Bahan yang digunakan pun tak banyak. Buat kedondong asam boi ni pedas-pedas sikit lagi sedap. Confirm tak sedar habis sebekas bila makan jeruk kedondong ni nanti.
Buah kedondong yang banyak-banyak kat belakang rumah tu baik buat jeruk je. Takde la rosak-rosak je nanti. Buat niaga pun laku keras tau. Rasa masam, manis semua lengkap. Kecur liur dibuatnya. Rugi sangat korang tak cuba resepi ni.
Resepi kedondong asam boi ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nur Masri. Nak guna resepi yang sama untuk buat jeruk mangga atau jeruk rambutan pun boleh. Confirm sedap!
Tahap masam, manis dan pedas jeruk kedondong asam boi ni boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Bagi pedas, bagi masam lagi padu jeruk kedondong kita ni. Biarkan sejuk dalam peti dulu sebelum nak makan nanti.
RESEPI KEDONDONG ASAM BOI
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan jeruk kedondong asam boi ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kedondong
- Serbuk Asam boia
- Asam boi
- Gula
- Cili padi (dipotong dan jika suka pedas lebihkan)
CARA PENYEDIAAN KEDONDONG ASAM BOI :
▶️ Kupas kedondong, cuci dan toskan air sehingga kering.
▶️ Campurkan semua bahan-bahan diatas dan kacau sehingga sebati.
▶️ Simpan dalam peti sejuk 2 – 3 jam.
▶️ Siap untuk dimakan.
BACA JUGA : Resepi Acar Timun Berempah Yang Mudah Dan Sedap. Sesuai Padankan Dengan Lauk Kenduri!
Dah siap pun jeruk kedondong asam boi kita ni. Makan sejuk-sejuk memang sedap. Fuh! Jeruk kedondong ni kalau korang simpan lama sikit lagi sedap ye. Sebab semua bahan-bahan tadi dah meresap dalam buah kedondong.
Makan benda ni memang tak boleh berhenti weh. Dari mula makan sampai habis sebekas baru boleh stop. Yang penting, kat dalam peti dah habis. Kalau ada, mesti nak sambung makan lagi. Yang suka makan jeruk, kena cuba resepi ni.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nur Masri kerana sudi berkongsi resepi kedondong asam boi yang simple tapi sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!