Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Acar Timun Berempah Yang Mudah Dan Sedap. Sesuai Padankan Dengan Lauk Kenduri!

0 108

First time jumpa resepi acar timun berempah. Nak jugak cuba buat untuk kenduri nanti. Biasa buat acar timun biasa je. Versi ni nampak sedap. Boleh tambah dalam list menu kenduri adik aku nanti. Masak ramai-ramai masa kenduri kan seronok.

Buat kelainan sikit apa salahnya. Acar timun berempah ni kalau makan dengan nasi macam tu pun mesti dah sedap kan. Sebab acar ni di masak berempah macam lauk ayam. Masa buat tu mesti tangan pun berjalan nak ratah acar masuk mulut. Betul tak?

Ingat lagi majlis kawen adik aku dulu. Semangat semua nak masak je, tak nak ambil katering. Time tu la jugak aku baru nak belajar buat acar. Malas nak duduk dapur la ni. Sampai umur dah 30 tahun pun tak tahu lagi nak buat acar. Buat malu kan?

Actually, acar timun ni antara menu yang dah jadi kebiasaan di buat bila ada majlis kenduri. Tapi nak jumpa acar berempah macam ni agar susah. Mungkin sebab acar berempah macam ni kena guna banyak bahan dari acar biasa yang kita buat.

Resepi acar timun berempah ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Tengku RosElyza Raja Muhammad. Viral jugak ye resepi ni. Hasil perkongsian Tengku, resepi ni telah mendapat 1.1k share kat Facebook.

 

RESEPI ACAR TIMUN BEREMPAH

Korang yang plan nak cuba buat acar berempah ni, kena tengok bahan-bahan dan step penyediaannya kat sini. Resepi lengkap korang boleh tengok kat bawah ni. Mudah je sebenarnya. Nak buat lauk tengahari ni pun boleh.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 1 batang lobak merah (kalau asli sebenarnya tak memerlukan carrot ni pun)
  • 2 btang timun (buang biji)
  • 2 sudu cuka (boleh ganti air asam)
  • 2 labu bawang merah besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu biji sawi
  • Bunga lawang/kayu manis dan buah pelaga
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar rempah kari
  • 1biji bawang holland (dihiris kasar)
  • 2 tangkai cili merah dan hijau hidup (dihiris kasar)
  • Sedikit ikan bilis (kisar skli ngn bawang)

CARA PENYEDIAAN ACAR TIMUN BEREMPAH : 

▶️ Bawang yang dikisar, tumis sehingga kekuningan.

▶️ Masukkan biji sawi buah pelaga dan kayu mnis bunga lawang.

▶️ Kacau sehingga naik aroma, seterusnya masukkan cili kisar, tumis, sampai pecah minyak.

▶️ Masukkan rempah kari, tumis lagi sampai pecah minyak.

▶️ Tambah air sedikit untuk mengelakkan dia kering.

▶️ Kacau rata, masukkan sedikit cuka, selepas tu letak garam dan gula secukup rasa.

▶️ Akhir sekali, masukkan semua bahan hiris dan gaul sehingga ianya sebati dan mesra. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Muffin Pisang Yang Sedap Dan Gerenti Jadi. Boleh Buat Makan Sendiri Atau Buat Jual!

 

Siap untuk dihidang! Fuh, makan acar ni takde nasi pun takpe. Ratah sampai licin pinggan tak sedar tau. Rasa masam, berempah, pedas semua lengkap dalam hidangan istimewa ni. Boleh la korang try buat untuk kenduri nanti.

Cara nak potong semua bahan acar sama je dengan acar yang biasa kita buat. Cumanya acar versi ni perlu di masak seketika dengan rampah. Tak perlu masak lama pun, sebab kita nak dapatkan tekstur rangup kat timun tu. Krup krap masa makan nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Tengku RosElyza Raja Muhammad kerana sudi berkongsi resepi acar timun berempah ini di Facebook. Semoga perkongsian ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open