Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Tart Cadbury Yang Ranggup, Cair Dan Berlemak Dimulut. Confirm Laju Je Habis!

0 873

Sebut pasal tart, mesti ramai yang terbayang keenakan biskut raya tat nenas kan? Tapi dengan zaman yang serbah modern macam ni. Ada macam-macam resepi tart korang boleh cuba. Especially, tart inti cadbury ni. Memang sedap sangat! Jom follow cara buat tart cadbury kat sini.

Tart cadbury ni sesuai dijadikan hidangan bila hari raya. Nak buat pot luck pun boleh. Ada juga yang buat untuk kudapan di rumah. Disebabkan rasa nya yang sedap sangat, memang cepat je habis bila buat ssebalang. Ada bahan yang buat tart ni sedap tau! Kalau nak tahu, korang follow resepi ni.

Tekstur tart cardbury ni rangup diluar dan mencair bila di mulut. Rasa berlemak gitu. Kalau letak kat meja tetamu, confirm laju je habis. Anak-anak pun suka makan. Tart cardbury ni boleh dibuat dengan pelbagai cara tau. Korang tengok versi yang ni pula, siap campur dengan tepung nestle everyday lagi.

Versi ni lebih mudah. Yang mana, korang hanya perlu terap doh dan letak coklat cadbury di atasnya. Tak perlu nak gulung doh yang di terap dan letak coklat cadbury di dalamnya. Cara ni antara cara paling cepat dan mudah dibuat. Nak buat malam raya pun takde hal. Esok dah boleh hidang atas meja.

Resepi tart cadbury yang rangup dan cair dimulut ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Aisyah Humaira. Memang cantik kejadiannya. Ada yang kata, kalau nak lagi wangi, korang pakai pure butter. Memang sedap sangat, rugi lah tak cuba!

 

RESEPI TART CADBURY

Tak nak buang masa, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang di perlukan dan bagaimana cara penyediaannya. Tak guna bahan yang banyak pun. Korang follow je sebijik-sebijik resepi ni, confirm menjadi!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 cawan setengah mentega sri pelangi
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 2 biji kuning telur (Optional)
  • 1/2cawan gula icing atau ikut manis disukai
  • 1 sudu kecil asen vanilla
  • 1 balang besar coklat Cadbury

CARA PENYEDIAAN TART CADBURY :

▶️ Ayak bahan-bahan tepung dan ketepikan.

▶️ Dalam bekas besar masukkan marjerin, minyak sapi, gula icing, esen vanilla dan kuning telur (alergi tak perlu letak). Kacau hingga sebati dan tak perlu sampai kembang.

▶️ Masukkan semua jenis tepung separuh-separuh termasuk tepung nestle everyday dan garam sambil kacau sebati.

▶️ Adunan mesti lembut tapi tidak melekat ditangan.

▶️ Canai doh dan terap lalu hias coklat cadbury atasnya.

▶️ Tekan sedikit coklat agar melekat pada biskut.

▶️ Bakar pada suhu 160C api atas bawah selama 25-30 minit atau sehingga masak. Sejukkan biskut pada suhu bilik dan simpan dalam bekas kedap udara. Siap!

 

 BACA JUGA : Resepi Wantan Goreng Yang Mudah Dan Sedap. Nak Kukus Atau Buat Sup Pun Boleh!

 

Siap untuk di makan! Nak lagi mudah, korang pakai coklat cadbury yang sebijik-sebijik. Jangan guna yang dalam paket sepapan tu. Agak susah nak potong nanti. Rasa leceh. Guna yang satu-satu macam ni lagi senang!

Sebelum nak raya, korang mesti dah listkan nak buat biskut raya apa kan. Tart nenas antara biskut pilihan ramai. Daripada beli kat luar, baik korang buat sendiri. Alang-alang buat tart nenas, selit sekali tart cadbury. Anak-anak mesti suka makan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Aisyah Humaira kerana sudi berkongsi respi tart cadbury yang rangup diluar dan cair di mulut ini. Memang rugi sangat kalau tak cuba. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open