Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Telur Rebus Air Asam Yang Confirm Sedap. Bertambah-Tambah Nasi La Dibuatnya!
Pekena telur rebus air asam ni, terus lupa orang kat sebelah. Confirm makan bertambah-tambah dibuatnya. Siapa pernah try buat menu ni. Sedap kan. Yang tak cuba lagi, apa kata korang follow resepi telur rebus air asam ni kat sini. Mesti korang suka!
Masak telur rebus yang cantik ada tips nya. Tak boleh main tara macam tu je. Nanti mesti tekstur telur tu tak cantik dan terlebih masak. Untuk resepi ni, telur yang di rebus kena sedikit lembik di bahagian kuning. Nak tahu tipsnya, jom kita belajar.
Mudah je, rebus telur betul-betul 7 minit. Set time 7 minit, jangan lebih jangan kurang 7 minit. Baru la telur cantik macam dałam gambar. Kupas telur bawah air paip sebab nak bagi telur tu elok licin tak koyak-koyak. Hasil dia memang licin cantik!
Nak mudah guna alarm! Dalam masa yang sama korang nak sediakan air asam pun boleh. Ambil masa 10 minit je nak buat air asam ni. Tersangatlah mudah! Makan lauk ni dengan nasi putih panas-panas, confirm terangkat dibuatnya.
Resepi telur rebus air asam ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna yang diberi nama Resepi Memikat Hati. Dari gambar je dah kecur liur tengok lauk ni. Sedap jugak makan dengan ikan goreng kan dan ulam kan. Rugi tak cuba!
RESEPI TELUR REBUS AIR ASAM
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan telur rebus air asam ni. Tak guna banyak bahan pun. Senarai bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Telur
Bahan untuk air asam :
- Cili api (dihiris/dicincang)
- Bawang besar (dihiris/dicincang)
- Tomato (dihiris/dicincang)
- Asam jawa
- Garam cukup rasa
- Aji cukup rasa
- Air suam
*Gaul sebati semua bahan sebati.
CARA PENYEDIAAN TELUR REBUS AIR ASAM :
▶️ Basuh telur bersih-bersih dan masukkan ke dalam periuk. Jangan besar sangat biar ngam-ngam dengan telur lagi baik.
▶️ Air sama paras dengan telur. Letak atas dapur. Buka api paling besar. Kalau tak, tak jadi.
▶️ Set time 7 minit, jangan lebih jangan tak cukup 7 minit nanti baru cantik macam dałam gambar.
▶️ Kupas telur bawah air paip sebab nak bagi telur tu elok licin tak koyak-koyak.
▶️ Toskan & potong letak dalam mangkuk.
▶️ Masukkan cili tomato dan bawang. Tuang air asam, jangan makan terus.
▶️ Tunggu 15 minit gitu boleh la makan. Sebab dia dah meresap dan sebati. Siap!
BACA JUGA : Resepi Pulut Kuning Makan Dengan Telur Dadar. Menu Kenduri Orang Kelantan Yang Simple Dan Confirm Sedap!
Dah siap pun telur rebus air asam kita ni. Rasa telur tu lemak-lemak. Ada masam, masin, pedas dan paling penting rasa nak tambah nasi sepinggan lagi. Betul resepi ni simple. Korang kena okut tips cara rebus telur tu. Baru sedap makan!
Resepi ni sesuai sangat untuk korang yang suka makan telur rebus dan suka makan pedas. Menu simple yang betul-betul menyelerakan. Orang tak reti masak pun boleh buat. Rebus telur 7 minit, buat air asam 10 minit. Kejap je hidangan kita siap!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pemilik Facebook Resepi Memikat Hati kerana sudi berkongsi resepi telur rebus air asam yang confirm sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!