Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Asam Pedas Simple. Rasa Pedas Dan Masamnya Cukup Menyelerakan!
Siapa yang suka sangat makan asam pedas? Bagi penggemar asam pedas, resepi asam pedas simple ini patut dicuba kerana proses penyediannya mudah dan enak. Rasa pedas dan masamnya memang cukup menyelerakan!
Ikan yang digunakan dalam asam pedas ni, terpulang kepada individu. Resepi asam pedas ada pelbagai jenis. Sebenarnya, lauk seperti asam pedas ini, dimakan selepas sehari lagi sedap dan berasa. Itu dia rahsia keenakan asam pedas.
Asam pedas merupakan sejenis masakan melayu yang terkenal di negeri melaka dan juga johor. Namun, setiap negeri berbeza resepi. Bergantung pada citarasa masing-masing untuk melazatkan lagi masakan.
Terima kasih pada Cik Puan Atie Ahmad Kamal kerana sudi berkongsi resepi mak mertua beliau dilaman facebooknya iaitu asam pedas ikan termenung. Dapatlah para peminat asam pedas mencubanya.
Sekarang dah banyak pes asam pedas di jual dikedai tapi pasti tak sama dengan kita buat sendiri dirumahkan? Memasaknya tidak lah sesukar yang disangka. Resepi ni juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran dan tidak kurang juga dihotel.
RESEPI ASAM PEDAS SIMPLE
Bahan memasak sangat simple. Ada juga yang masak asam pedas dicampur dengan sayur-sayuran seperti terung dan juga bendi. Tapi semua itu ikut selera masing-masing.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ikan Temenung
- Selabu bawang besar
- Belacan
- 2 suduh makan cili kisar
- Bunga kantan,
- Serai
- Daun kesom
- Asam keping
CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS SIMPLE :
▶️ Blender bawang besar selabu dengan belacan.
▶️ Masuk 2 sudu makan cili kisar. Ikut kesesuai anda.
▶️ Gaul sekali dan tambah air ikut berapa ekor ikan.
▶️ Masukkan bunga kantan, serai dan daun kesom.
▶️ Masukkan ikan dalam rebusan. (Ikan temenung). Apa-apa jenis ikan pun boleh.
▶️ Letakkan asam keping.
▶️ Siap untuk dimakan.
BACA JUGA: Resepi Terung Bakar Air Asam Lemak. Cukup Rasa Manis, Masam, Pedas Dan Berlemak. Wajib Cuba!
Nampak sedapkan! Dapat makan dengan nasi panas sambil hirup kuah asam pedas boleh berebut satu family. Sesetengah orang mengenali resepi ini dengan nama rebus asam pedas, gulai asam rebus, dan ada juga dengan nama asam rebus.
Mudah, cepat dan pastinya enak. Bulan ramadhan pun dah nak dekat bolehlah mencuba. Tukar-tukar seleralah katakan. Jangan lupa, asam pedas ni kena pilin ikan yang fresh tau.
Semoga perkongsian resepi asam pedas simple ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Selamat mencuba!