Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Bubur Kacang Hijau Dengan Isi Durian. Hidangan Terbaik Untuk Minum Petang!

0 3,720

Dalam banyak-banyak bubur yang ada dan boleh kita makan, bubur kacang hijau ni memang favourite dan jadi kegemaran. Bak kata orang, nak makan hari-hari pun boleh tak ada masalah!

Ada orang lebih suka makan bubur jagung, bubur atau pengat pisang, pengat durian atau macam-macam lagi lah jenis bubur yang ada. Bubur kacang hijau ni, kalau time musim durian memang wajib letakkan seulas dua isi durian.

Kalau korang belum pernah rasa, boleh cuba buat sebab rasa dia seriously sedap! Dapat makan bubur ni, koyakkan roti gardenia masukkan sekali dalam mangkuk bubur kita. Fuuuh!

Selian roti, ada yang suka makan dengan nasi atau pulut. Lain orang lain cara nak makan, yang penting bubur kacang hijau durian tu yang rasanya kena sedap!

Resepi yang dikongsikan oleh Tuan Ben Safwan ni nampak mudah dan berselera je tengok hasil bubur kacang hijau yang kita dapat makan. Jom saya kongsikan cara nak membuatnya!

 

RESEPI BUBUR KACANG HIJAU DURIAN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 200 gram kacang hijau – basuh bersih
  • 2 helai daun pandan
  • Halia – hiris nipis
  • 2 kotak kecil santan
  • ½ sudu teh garam
  • 2 keping gula Melaka
  • Beberapa ulas durian

CARA PENYEDIAAN BUBUR KACANG HIJAU DURIAN :

▶ Mula-mula sekali, rebus kacang hijau sehingga empuk. Boleh juga masukkan dalam pressure cooker yang ada untuk hasilkan kacang hijau empuk dengan pantas.

▶ Bila dah empuk, masukkan ke dalam periuk bersama isi durian, daun pandan, hirisan halia, santan, garam dan juga gula melaka. Masukkan air sedikit sahaja dulu.

▶ Kemudian, masak sehingga mendidih. Masukkan air sikit demi sedikit ikut kepekatan kuah bubur kita.

▶ Seterusnya, tambahkan gula perang supaya warna bubur kita cantik dan rasa tak manis sangat.

▶ Isi durian dah tertanggal dari bijinya tu, maksudnya dah siap!

▶ Rasa semua dah okay, boleh padamkan api.

 

Senang je kan nak buat bubur kacang ni? Sesetengah orang ada yang takut nak buat, risau betul bila nak masak yang menggunakan santan. Takut pecah lah, takut berketul lah. Sebenarnya tersangat mudah bila dapat hasilkan bubut kacang yang sedap ni.

BACA JUGA: Cara Buat Chicken Chop Homemade Yang Simple. Resepi Mudah Dan Marvellous!

Bubur kacang hijau durian ni sesuai sangat nak buat untuk makan petang-petang atau nak buat untuk pencuci mulut pun sesuai. Ala-ala di rumah kenduri tu, lepas makan nasi ambil pula bubur kacang sebagai pemanis mulut.

Kalau suka makan waktu sejuk, boleh sejukkan sekejap dalam peti ais. Dan jika ada lebih jangan lupa buat aiskrim kacang hijau! Serious sedaaap tau.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda. Dan harap-harap dapat bantu anda rasa lebih yakin untuk cuba buat bubur kacang hijau ni! Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open