Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Telur Rebus Air Asam Viral Yang Mudah Dan Sedap. Boleh Jadi Pembuka Selera Tau!
Air asam ni memang pembuka selera. Boleh dimakan dengan ikan, daging dan ayam bakar. Tapi kali ni kita nak buat resepi paling simple iaitu telur rebus air asam viral. Serious sedap giler! Makan dengan nasi putih panas-panas boleh bertambah nasi di buatnya!
Sangat mudah cara penyediaannya. Korang hanya perlu rebus telur dan campur dengan semua bahan-bahan air asam. Telur rebus tu boleh di lembutkan. Korang masak sekejap je. Kalau nak masak cantik, lepas je rebus 15 minit gitu, korang terus masukkan dalam air sejuk.
Nak kupas kulit telur pun mudah kalau rendam kat air sejuk. Telur pun masak elok je jadinya. Selain daripada telur rebus. Korang juga boleh buat air asam ni dengan telur mata. Sedap tau! Terpulang ikut citarasa masing-masing. Dan hidangan ni sesuai untuk korang yang sibuk bekerja.
Biasalah balik kerja kadang penat sangat. Nak masak renyah-renyah pun malas. Kalau ada resepi-resepi simple dan sedap macam ni kan best. Kejap je boleh siap masak. Dah makan bolehlah rehat. Telur rebus air asam ni juga sesuai di hidangkan dengan lauk lain dan dijadikan penyedap makanan tau.
Bosan juga asyik makan telur dadar, telur mata. Kali ni kita ubah suai pula cara masak telur. Nak tahu lebih detail tentang cara penyediaan telur rebus air asam viral ni, korang follow je resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Norlela Baharudin ni. Follow step by step confirm menjadi!
RESEPI TELUR REBUS AIR ASAM VIRAL
Sebelum nak mula buat air asam, korang rebus telur dulu. Kalau rasa nak telur lembut, rebus sekejap je. Dah rebus, boleh juga dilalukan pada air paip yang menggalir untuk hentikan proses telur jadi lebih keras. Telur pun lebih mudah nak kupas. Jom lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Telur Rebus
- Air asam jawa
- Tomato
- Bawang besar
- Cili api
- Cili merah
- Sedikit belacan
- Kerisik
- Gula dan garam
CARA PENYEDIAAN TELUR REBUS AIR ASAM VIRAL :
▶️ Semua bahan diracik. Make sure belacan tak berketu.
▶️ Masukkan air asam, kerisik, garam dan gula secukup rasa. Gaul hingga sebati.
▶️ Letak tepi sekejap bagi mesra dulu.
▶️ Belah telur dan curahkan air asam.
BACA JUGA : Resepi Kek Sarang Semut Versi Tak Perlu Perap Atau Peram Adunan. Bersarang Elok Jadinya!
Bismillah. Jangan marah kalau makan nasi bertambah! Memang sedap sangat ye telur rebus air asam ni. Rugi sangat kalau tak cuba! Kalau nak makan sorang dan suka pedas-pedas, korang boleh lebihkan penggunaan cili api. Rasa pedas-pedas baru syok nak makan nanti.
Ada macam-macam lagi resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Norlela Baharudin melalui laman Facebooknya. Korang bolehlah usha mana resepi yang korang rasa nak cuba. Seronok kan kalau kita pandai masak macam-macam ni. Suami pun makin sayang!
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi telur rebus air asam viral yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!