Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Chicken Chop Homemade Yang Simple. Resepi Mudah Dan Marvellous!
Kadang-kadang bila tak terasa nak makan nasi, western lah yang menjadi pilihan utama. Kalau di kedai confirm akan order chicken chop! Dapat pulak portion besar memang kenyang.
Bila kita makan chicken chop kan, apa yang boleh menjadikan dia sedap adalah sos black pepper dia. Kalau tak sedap sosnya, maka hilangkan kesedapan seluruh makanan tu. Ada yang suka makan dengan sos black pepper, ada yang suka makan dengan sos cendawan.
Kalau dalam rumah ni, bukan saya seroang je suka makan chicken chop ni. Satu family suka dan kadang-kadang tak cukup lah satu keping seorang.
Dalam perkongsian dekat bawah ni, saya nak share macam mana nak buat satu hidangan lengkap untuk makanan western kita. Macam mana cara nak buat sos black pepper dan ayam yang digunakan dengan resepi Cik Puan Suisan Aliezsha kita ni.
Sos black pepper ni serious sedap dan boleh juga nak makan dengan western yang lain seperti lamb chop, beef steak dan macam-macam lagi lah. Jom saya kongsikan!
RESEPI SOS BLACK PEPPER
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Bawang holand
- Bawang putih
- 1 biji ubi kentang
- 2 sudu butter
- Sos blackpaper (sy guna brand longsan)
- 1 sudu tepung gandum
- lada hitam (blend halus)
CARA PENYEDIAAN SOS BLACK PEPPER :
▶ Mula-mula sekali, potong dadu halus -halus je untuk bawang holland dan bawang putih.
▶ Ketepikan seketika.
▶ Seterusnya, rebus ubi kentang sehingga empuk.
▶ Kisar semua bahan-bahan ni. Sos black pepper, kentang yang sudah empuk tadi, tepung gandum, serbuk lada hitam, garam, gula dan juga sedikit air. Kisar sehingga hancur.
BACA JUGA: Cara Nak Buat Ayam Goreng Berempah Yang Marvellous. Rangup Di Luar Dan Juicy Di Dalam!
▶ Kemudian, panaskan minyak. Cairkan butter dan tumis bawang holland dan bawang putih.
▶ Tumis sehingga kekuningan dan sedikit garing.
▶ Kemudian, masukkan bahan kisar dan kiub pati ayam. Kacau sampai semua bahan likat dan berkilat.
▶ Masukkan sedikit air jika tak nak terlalu likat. Rasa semua dah cukup, boleh padamkan api.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Sos dah ada, bolehlah sediakan bahagian ayamnya pulak. Tak sabar pulak rasanya nak hidangkan chicken chop ni. Confirm anak-anak suka!
RESEPI CHICKEN CHOP
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Peha ayam
- Telur
- Serbuk roti
CARA PENYEDIAAN CHICKEN CHOP :
▶ Mula-mula, bersihkan bahagian peha ayam. Lapah supaya menjadi lebar dan buang tulang.
▶ Celup ke dalam telur yang sudah dikocak.
▶ Angkat dari telur, dan salut dalam serbuk roti. Pasti semua permukaan tersalut dengan serbuk roti tersebut.
▶ Panaskan minyak sehingga panas. Kemudian goreng dengan api sederhana supaya chicken chop nampak oren kekuningan. Jangan guna api besar risau hangus di bahagian luar dan isi ayam kurang masak.
▶ Anggaran dalam beberapa minit macam tu, boleh angkat dan toskan ayam goreng kita.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Tak lengkap rasa makan western ni tanpa ada coleslaw ala-ala KFC ni. Makan waktu sejuk-sejuk memang sedap! Macam saya suka gaulkan dengan sedikit sos untuk lebih sedap.
RESEPI COLESLAW
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kobis
- Lobak merah
- Mayonis
- Sedikit gula
- Air panas
CARA PENYEDIAAN COLESLAW :
▶ Mula-mula potong dadu halus-halus je lobak merah dan juga kobis.
▶ Masukkan dalam satu bekas, gaul bersama dengan mayonis, gula dan sedikit air panas. Gaul sampai sebati dan semua bahan terasa.
▶ Simpan dalam peti sejuk sekejap sebelum dihidangkan.
Amacam? Senang sangat nak buat set lengkap chicken chop homemade ni kan? Boleh buat satu pinggan seorang lah untuk hidangan keluarga. Alang-alang rasa nak makan western tu, cuba try hidangkan makanan ni. Sedap!
Simpan dulu perkongsian ni semoga mudah nanti kita nak rujuk bila nak buat. Sharekan di facebook pun boleh. Untuk yang baru nak mencuba, saya ucapkan selamat menjamu selera!