Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Goreng KFC Homemade Yang Rangup Dan Sedap. Cuma Guna 2 Bahan Perapan Je!

0 262

Nak tak kita cuba resepi ayam goreng KFC homemade? Hasilnya sangat rangup dan sedap. Cuma guna 2 bahan perapan je. Anak-anak memang suka sangat dengan ayam goreng KFC ni, tapi boleh kopak juga kalau hari-hari nak beli.

Kita ni nak juga makan sedap tapi kalau boleh cara masaknya tu yang paling simple dan cepat. Tak suka duduk lama-lama kat dapur. Lebih-lebih lagi pada mereka yang ada anak kecil. Nak duduk dapur lama-lama pun tak tenang.

Resepi ayam goreng KFC ini agak sedikit berbeza dari cara masak ayam goreng biasa yang menggunakan tepung bestari. Ada tips yang wajib kita ikuti untuk hasilkan ayam goreng ala-ala KFC yang rangup dan sedap.

Sebelum ayam digoreng, ayam perlu diperap dengan bahan perapan lebih kurang sejam. Bila dah diperap, salut ayam dengan tepung gandum dan tepung bestari. Kemudian, celup dalam air dan salut sekali lagi dalam tepung.

Itu antara tips nak dapatkan tekstur ayam goreng yang rangup. Nak tahu lebih detail, apa kata kita ikuti perkongsian dari Cik Puan Reha Rahma. Ramai sangat yang suka dengan perkongsian resepi ini di Facebook.

 

RESEPI AYAM GORENG KFC HOMEMADE

Resepi ini telah mendapat 16K share dan 9.4K like di Facebook. Itu juga telah menunjukkan bahawa ramai penggemar ayam KFC dan mereka lagi memilih menyediakannya dirumah berbanding membelinya diluar. Jom masak!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Sekilo kepak ayam

Bahan perapan :
  • Satu sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 sudu makan stok ayam pekat maggi

Bahan salutan ayam :
  • 1 cawan tepung gandum
  • Setengah cawan tepung bistari

CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG KFC HOMEMADE :

▶️ Perap ayam dengan serbuk kunyit dan stok ayam pekat maggi. Perap lebih kurang sejam atau lebih. Lagi lama lagi sedap. Nak perap semalaman lagi bagus. Perap malam ni untuk masak esok hari. Simpan dalam peti je.

▶️ Campurkan tepung gandum dan tepung bestari.

▶️ Sebatikan dan salut ayam perapan dengan tepung.

▶️ Sediakan air dalam mangkuk. Kemudian, masukkan ayam bersalut tepung tadi kedalam air. Rendam dalam beberapa saat.

▶️ Kemudian, salut sekali lagi dengan tepung sampai nampak keriting-keriting macam kat gambar tu.

▶️ Nak lagi banyak keriting boleh ulang dengan rendam ayam sekali lagi dan salut dengan tepung macam proses awal tadi.

▶️ Goreng ayam dengan api sederhana sehingga kekuningan.

▶️ Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Puding Karamel Pkp Tanpa Telur Tanpa Kukus. Sesuai Untuk Yang Alergi Telur Dan Tiada Pengukus!

 

Wah! teruja tengok hasilnya. Persis KFC! Untuk elakkan rasa muak pada rasa ayam goreng KFC ni, kita perlu mencampurkan tepung gandum dengan tepung bestari. Jika hanya menggunakan tepung bestari, mungkin rasa muak pada ayam akan dirasai.

Penggunaan air selepas ayam dicelup dalam tepung adalah petua untuk hasilkan tekstur garing dan keriting pada ayam. Boleh diulang proses yang sama beberapa kali jika anda suka pada tekstur ayam yang garing dan bergeriting.

Kalau dah siap masak, bolehlah hidang dengan nasi putih dan juga sos. Kalau nak buat coleslaw pun boleh ye, lagi sedap. Semoga resepi ayam goreng KFC homemade ini bermanfaat buat kita semua. Anak-anak tentu gembira. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open