Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Mini Burger Guna Mantou Yang Senang Dibuat. Kecik Comel Je Saiznya, Sedap Pulak Tu!
Pernah tak korang buat mini burger guna roti mantou segera. Lagi senang kerja korang Tak payah nak buat doh bagai. Roti ni tinggal goreng je. Jom try resepi mini burger guna mantou ni. Confirm anak-anak pun suka.
Mini burger ni guna nugget tempura je. Goreng mantou, goreng nugget tempura. Lepas tu nak letak salad, nak letak timun ke tomato ke pun boleh. Jangan lupa letak sos untuk dapatkan mini burger yang sedap.
Mini burger ni sesuai sangat dijadikan menu breakfast anak-anak. Mudah nak buat. Nak bawak mini burger ni untuk potluck, jamuan atau sambutan majlis-majlis pun boleh. Mesti ramai yang suka.
Mini burger guna mantou ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Sarah Cooks Bakes. Sangat sedap ye! Boleh jugak digantikan dengan nugget jenis lain kalau suka.
Nak buat adunan mantou ni pun takde la susah sangat. Ada je yang nak buat sendiri kat rumah. Kat marrybrown je guna roti ni. Makan dengan coleslaw dan kentang putar lagi sedap. Yang tu favourite aku.
RESEPI MINI BURGER GUNA MANTOU
Sebab cute dan nampak mudah aku teringin nak buat mini burger ni. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan mini burger ni . Step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Mini mantou
- Nugget tempura (digoreng)
- Salad (basuh bersih)
- Sos thousand island
CARA PENYEDIAAN MINI BURGER GUNA MANTOU :
▶️ Mula-mula goreng mantou.
▶️ Kemudian, potong dua dan masukkan nugget tempura yang digoreng tadi.
▶️ Masukkan salad dan picitkan sos thousand island.
▶️ Siap untuk dihidang.
BACA JUGA : Resepi Pulut Kuning Dan Rendang Untuk Makan Sesaja Kat Rumah. Bertambah-Tambah Dibuatnya!
Semudah Abc! Berebut anak-anak nak makan. Mana tak nya, ada nugget tempura kat bahagian dalam. Nak letak cili sos dan mayonis pun boleh ye. Licin pinggan anak-anak makan sebelum pegi sekolah.
Yang teringin nak buat mini burger boleh try versi ni. Sekali cuba, pasti anak-anak nak lagi. Senang nak buat breakfast. Anak-anak pun kenyang. Saiz dia pun sesuai sangat untuk hidangan anak-anak.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Sarah Cooks Bakes kerana sudi berkongsi resepi mini burger guna mantou ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!