Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Rotiboy Guna Roti Gardenia Yang Paling Simple Dan Sedap. Nak Jimat Follow Je Resepi Ni!

0 9,424

Ada tak penggemar rotiboy kat sini? Kalau ada, jom kita try buat rotiboy guna roti gardenia. Sangat simple dan semestinya sedap. Kalau nak jimat dari beli kat luar, elok buat sendiri roti ni kat rumah. Follow je resepinya di sini.

Roti gardenia yang dah nak expired jangan biar sampai rosak. Korang boleh buat puding, roti telur dan rotiboy macam ni. Confirm laju je habis kalau korang buat rotiboy tau. Nak beli kat luar boleh tahan mahal juga sebijik rotiboy ni.

Rotiboy kat luar mungkin rasanya terlalu manis. Kalau buat sendiri kat rumah, rasa manisnya korang boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Adjust kuantiti gula icing yang korang akan gunakan dalam resepi ni nanti.

Kalau korang nak tahu lebih detail cara penyediaan rotiboy yang menggunakan roti gardenia ni, korang boleh follow resepi yang di kongsikan oleh Encik Shahrin Saad melalui laman Facebooknya. Confirm teruja dengan hasilnya.

Menurut Encik Shahrin Saad, isterinya iaitu Syazwani Abu Hanifah selalu menyediakan mereka rotiboy untuk sarapan pagi. Tak perlu nak uli tepung pun. Hanya guna roti gardenia,  korang dah boleh makan rotiboy homemade.

 

RESEPI ROTIBOY GUNA ROTI GARDENIA 

Mesti korang tak sabar nak buat kat rumah kan. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan kat bawah ni. Kalau semua bahan dah ada, bolehlah buat esok pagi.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1/4 cwn butter
  • 1/4 cwn gula icing (nak manis @ kurang boleh adjust ikut citarasa)
  • 1 biji telur
  • 1/4 cwn tepung gandum
  • 3 sudu besar bancuhan nescafe/ kopi (pekat)

CARA PENYEDIAAN ROTIBOY GUNA ROTI GARDENIA :

▶️ Untuk topping kopi tu pukul butter + gula icing + telur sampai kembang.

▶️ Lepas tu masukkan bancuhan nescafe atau kopi pekat dan tepung gandum.

▶️ Gaul semua bahan sehingga sebati. Kemudian, boleh masukkan dalam piping bag dan pipe kan kat roti tu atau guna sudu pun boleh.

▶️ Sebelum tu kat roti tu boleh letak inti atau jem apa-apa lagi sedap.

▶️ Bakar 10-15 minit ikut oven masing-masing.

 

BACA JUGA : Cara Buat Lamb Shank Tagine Ala Resepi Marocco Di Utara Afrika. Nak Ganti Dengan Lauk Lain Pun Boleh!

 

Siap untuk dimakan. Wah! Berebut anak-anak nak makan. Kalau hidang waktu panas-panas korang akan rasa roti ni garing je. Bahagian dalamnya pula boleh diintikan dengan pelbagai jenis rasa contoh jem, coklat atau butter.

Rotiboy ni boleh di makan bila-bila masa yang korang suka. Lebih sesuai di hidang untuk sarapan pagi dan minum petang sekeluarga. Tak sampai setengah jam roti dah siap dihidang. Yang suka rotiboy wajib cuba resepi ni.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Encik Shahrin Saad bersama isterinya kerana sudi berkongsi resepi rotiboy guna roti gardenia ini di Facebook. Semoga ianya bermafaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open