Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Lengkap Nasi Kerabu Yang Sedap Dan Menjadi. Puas Hati Makan Dengan Lauk Penuh Macam Ni!
Wah! Hujung-hujung minggu ni seronok juga kalau dapat makan nasi kerabu kan. Tapi, kalau ada kelapangan lebih baik kalau dapat masak sendiri kat rumah. Follow je resepi lengkap nasi kerabu ni di sini. Confirm sedap dan menjadi u olls!
Nak buat nasi kerabu ni kena ada kerajinan yang tinggi baru boleh buat. Sebab banyak sangat step dan lauk yang nak kena sediakan. Bukan nasi dan lauk semata ye. Korang kena sediakan kuah sambal tumis, sambal ikan, sambal cili, budu dan sedia ulam-ulaman.
Semua orang tahu, nasi kerabu ni sangat terkenal di Pantai Timur, Kelantan. Nasi ni berwarna biru dan dihidang dengan lauk seperti ayam, ikan, daging bersama ulam-ulaman. Disedapkan pula dengan sambal, kuah dan budu. Fuh! Boleh terangkat dibuatnya!
Terjumpa resepi lengkap nasi kerabu yang di kongsikan oleh Cik Puan Tia Rizz melalui laman Facebooknya. Nampak menarik dan mudah difaham. Ini pertama kali beliau menyediakan nasi kerabu di rumah. Alhamdulillah, berkat sabar dan kerajinan, terhasillah nasi kerabu yang sedap ni.
Ha! Nampak tak, yang penting rajin je. Semua benda boleh buat. Nasi kerabu ni susah nak jumpa kat luar. Tak semua orang menjualnya. Kalau jumpa pun belum tentu ngam dengan rasa tekak kita. Kalau nak try kat rumah, saya suggest korang follow je resepi ni.
RESEPI LENGKAP NASI KERABU
Resepi dah ada, bila nak buat tu? Esok kan ujung minggu, elok juga isi masa buat nasi kerabu untuk sarapan pagi. Sempat lagi kalau nak beli barang petang ni. Jom kita lihat dulu satu persatu bahan-bahan memasak kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk kuah sambal tumis :
- 10 cili kering
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 200 gm santan kotak brand M&S
- 3 batang serai (diketuk)
- 1 sudu besar cili boh
- Garam, gula & ajinomoto (optional)
- Minyak masak (agak banyak)
Bahan untuk sambal ikan :
- 1 biji kelapa parut (kelapa muda)* – digoreng dengan api perlahan supaya kelapa masak sekata dan keperangan. Masukkan sedikit gula dan garam. Lepas siap goreng, tumbuk kasar
- 8 ekor ikan kembung* – direbus bersama asam keping dan garam. Apabila dah siap rebus, ambil isi ikan & tumbuk
- 5 ulas bawang merah*
- 4 batang serai*
- Setengah inci halia*
- 3 ulas bawang putih*
- Satu sudu kecil lada hitam (yang telah diblend)
Nota : Satukan bahan-bahan bertanda * diatas dan blend kering.
Bahan untuk sambal cili :
- 2 biji cili besar merah
- 25 biji cili padi merah
- Garam
- Gula
- Cuka
Bahan untuk budu :
- Satu botol budu cap Ketereh
- 1 cawan air
- 2 batang serai (diketuk)
- 6 helai daun limau purut
- 2 biji cili padi merah (dihiris nipis)
- Sedikit gula melaka
Bahan untuk ulam-ulaman :
- Kobis (dihiris halus)
- Taugeh
- Kacang panjang (dihiris)
- Bunga kantan (dihiris halus)
- Daun kesum (dihiris)
Nota : Gaul kesemua ulam didalam bekas. Siap!
Bahan untuk ayam percik :
- Ayam bahagian tight atau apa-apa bahagian sahaja – bersihkan dan kukus sehingga masak.
Bahan untuk nasi :
- 4 cawan beras Basmati Jasmine Vitagrain
- Air secukupnya
- Sedikit sahaja pewarna biru – jangan banyak sebab nanti nasi terlalu biru atau guna 15 kuntum bunga telang untuk nasi kerabu berwarna biru.
- 1 batang serai (diketuk)
- 10 helai daun limau purut
Bahan untuk kuah ayam percik :
- 10 biji bawang merah*
- 1 batang serai*
- 10 biji cili kering* – direndam air panas terlebih dahulu
- Halia 1 inci*
- Cili boh satu sudu besar*
- Santan kotak brand M&S 700ml*
- 3 batang serai (diketuk)
- 1 sudu kecil Halba
- 3 sudu kfc Garam
- 3 sudu kfc Gula
- Ajinomoto
Nota : Campurkan semua bahan bertanda * diatas & blend. Garam dan gula ni ikut sukatan sendiri, nanti takut tak sama citarasa.
Bahan untuk daging goreng kunyit :
- Daging (dihiris nipis)
- Garam
- Serbuk kunyit
- Minyak
- Bawang hollang (dihiris)
- 8 biji cili padi hijau dan merah campur (diketuk)
CARA PENYEDIAAN RESEPI LENGKAP NASI KERABU :
Cara penyediaan kuah sambal tumis :
▶️ Kisar cili kering bersama bawang merah, bawang putih dan halia.
▶️ Panaskan minyak, masukkan satu sudu besar cili boh bersama serai yang diketuk.
▶️ Apabila dah garing, masukkan bahan yang diblend. Masak sehingga betul-betul garing.
▶️ Lepas tu, masukkan santan dan sedikit air. Pastikan masa ni sentiasa kacau sehingga mendidih supaya santan tak berketul dan bahan masak dengan sempurna.
▶️ Masukkan perasa garam, gula, ajinomoto. Masak sehingga pecah minyak . Siap! Kuah biar pekat dan masin sedikit.
Cara penyediaan sambal ikan :
▶️ Masukkan kelapa yang telah ditumbuk ke dalam bekas.
▶️ Masukkan ikan yang telah ditumbuk, bahan-bahan yang telah diblend dan lada hitam.
▶️ Gaulkan sebati dan goreng sekejap dalam kuali tanpa minyak. Biar ada rasa manis-manis dan masin secukup rasa. Siap!
Cara penyediaan sambal cili :
▶️ Kisar kesemuanya menggunakan blender kering. Lepas blend, masukkan bahan ke dalam mangkuk, masukkan cuka dan sedikit air. Siap!
Cara penyediaan budu masak :
▶️ Masukkan ke dalam periuk bersama 1 cawan air.
▶️ Masukkan 2 batang serai yang diketuk-ketuk dan masukkan 6 helai daun limau purut.
▶️ Masukkan 2 biji cili padi merah yang dihiris nipis.
▶️ Masukkan pula sedikit gula melaka. Masak sehingga mendidih. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Siap!
Cara penyediaan nasi kerabu :
▶️ Masukkan ke semua bahan ke dalam rice cooker.
▶️ Masukkan juga satu sudu kecil garam dan 1 sudu kecil gula.
▶️ Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa. Siap!
Cara penyediaan ayam percik :
▶️ Ayam yang dah siap dikukus, ambil sedikit kuah yang sudah siap dimasak dan perapkan ke atas ayam yang telah dikukus.
▶️ Lepas tu panggang ayam sehingga masak di dalam pemanggang ajaib.
▶️ Panggang sekejap sahaja sebab ayam dah masak dah kukus terlebih dahulu.
▶️ Angkat ayam dan gaulkan bersama kuah yang dimasak tadi. Siap!
Cara penyediaan kuah ayam percik :
▶️ Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali, apabila minyak dah panas, masukkan bahan yang diblend tadi.
▶️ Masukkan serai yang diketuk dan halba.
▶️ Perasakan dengan garam, gula & ajinomoto jika mahu. Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak. Siap!
Cara penyediaan daging goreng kunyit :
▶️ Hiris daging nipis-nipis. Masukkan daging ke dalam kuali bersama air. Air biar tenggelam daging.
▶️ Masukkan garam dan serbuk kunyit. Tutup kuali dengan penutup kuali dan biar sehingga daging masak dan air kering. Pastikan air daging tu ada sikit-sikit dan daging basah-basah gitu, kemudian angkat.
▶️ Ambil kuali, masukkan sedikit minyak, masukkan bawang holland yang dihiris nipis dan 8 biji cili padi hijau dan merah yang telah diketuk. Goreng sekejap.
▶️ Apabila bawang dan cili padi dah layu, masukkan daging yang direbus tadi. Gaul biar masak sekata. Siap!
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Pancake Jepun Yang Gebu Dan Sedap. Makan Macam Tu Pun Dah Sedap Sangat!
Sedia untuk dimakan! Boleh makan bersama keropok keping, daging bakar atau ikan celup tepung. Tak buat pun takpe! Makan yang ni dah cukup lengkap dah nasi kerabu kita. Nak extra sedap, korang tambah telur masin je. Fuh! Barulah rasa nikmat nak makan nasi kerabu tu nanti.
Memang lengkap ye resepi ni. Untuk bahagian nasi tu, korang boleh gantikan pewarna dengan bunga telang untuk warnakan nasi jadi warna biru. Sesetengah orang tak suka pakai pewarna. Ada yang kata berbahaya. So, nak selamat boleh ambil warna dari bunga telang.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Tia Rizz kerana sudi berkongsi resepi lengkap nasi kerabu yang sedap dan menjadi ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share. Selamat mencuba!