Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Pancake Jepun Yang Gebu Dan Sedap. Makan Macam Tu Pun Dah Sedap Sangat!

0 140

Rugi sangat kalau tak try buat pancake Jepun ni. Serious sedap! Cara nak buatnya pun mudah sangat dan tak perlu menggunakan bahan yang banyak. Korang boleh follow cara mudah buat pancake Jepun ni kat sini. Confirm menjadi!

Rasa pancake Jepun ni dah macam kek cheese weh. Kan pancake ni pernah viral. Ramai giler yang buat. Hari ni kita share balik, takut ada yang belum ada kesempatan buat masa viral hari tu. Biasanya lempeng kita tak macam ni, yang ni nampak kembang.

Lempeng ni jadi gebu mungkin di sebabkan oleh susu full cream yang kita gunakan. Wajib pukul adunan sampai bertanduk. Tak perlu guna mixer ye. Korang pukul guna whisk je, lagi mudah. Hasilnya pun kembang elok je nanti.

Yang baru first time nak ubah selera pada pancake Jepun, apa kata korang try resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Siti Nornaim Keng. Resepi ni viral 5.6k share kat Facebook tau. Ramai giler yang nak mencuba resepi ni. Tak salah sekali sekala kita tukar selera kan.

Sukatan untuk resepi ni boleh hasilkan lebih kurang 4-5 keping macam tu. Tapi tebal dan gebu ye. Kalau nak lebihkan korang adjust je sukatan resepi ni. Lebih kurang 6 bahan je di gunakan untuk buat pancake jepun ni. Tak bau hanyir telur tau! Sedap sangat.

 

RESEPI PANCAKE JEPUN

Jangan hairan ye telur ayam tu warna putih. Tu adalah telur ayam Jepun. Alang-alang nak buat resepi Jepun yang menggunakan telur, elok juga masak guna telur dari Jepun kan. Baru dapat feel tu. Jom tengok bahan-bahan kat bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2biji telur (Asingkan putih dan kuning telur ye)
  • 40g tpg kek
  • 1/2 sdk esen vanila
  • 25g susu full cream (Dutch lady)
  • 25g gula kastor
  • 1/2 sdk jus lemon

CARA PENYEDIAAN PANCAKE JEPUN :

▶️ Pukul putih telur sehingga bertandukmacam dalam gambar. Kalau tak bertanduk lagi, pukul je tak perlu guna

▶️ Masukkan bahan putih telur dan pukul lagi. Bila dah berbuih sikit, masukkan gula. Kacau sampai bertanduk baru masukkan jus lemon 1 sudu kecil.

▶️ Ini adunan kuning telur, campur tepung kek+ esen vanila + susu full cream.

▶️ Ambil sedikit adunan putih telur tadi dan masukkan kedalam adunan kuning telur. Kacau sedikit bagi adunan sedikit cair.

▶️ Campur adunan telur tadi ke adunan telur putih ni ye. Kacau kaup balik je.

▶️ Sediakan kuali non stick dan sapu butter. Kemudian, masukkan adunan.

▶️ Buat 3 atau 4x tambah adunan tadi dan jangan letak banyak sangat.. Lepas letak adunan, titikan air sedikit dan terus tutup kuali.

▶️ Taraaa. Dah siap!

 

BACA JUGA : Resepi Udang Masak Berempah Yang Paling Simple Dan Sedap. Campak-Campak Je Siap!

 

Nampak tak bertapa gebuhnya pancake kita. Tak perlu letak gula icing, makan macam tu pun dah sedap sangat. Berebut anak-anak nak makan tau! Korang memang kena cuba resepi ni. Boleh buat untuk minum petang atau sarapan pagi sebelum anak-anak pegi sekolah. Nak jadikan bekalan anak-anak ke sekolah pun boleh.

Sekarang ni musim penyakit weh. Elok sangatlah kalau masak kat rumah dan bagi anak-anak bawak bekal ke sekolah. Tak terdedah dengan makanan kat luar. Pancake ni antara menu yang sesuai korang buat untuk anak-anak.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Siti Nornaim Keng kerana sudi berkongsi resepi pancake Jepun yang gebu dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open