Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Daging Masak Blackpepper Yang Simple Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Panas, Bertambah-Tambah Dibuatnya!
Malas nak masak renyah-renyah? Apa kata korang try buat daging masak blackpapper yang simple dan sedap ni. Makan daging blackpaper ni dengan nasi putih panas-panas pun dah cukup. Bahan memasak semua dah ada kat dapur, tinggal beli daging je.
Daging masak blackpapper ni boleh di masak bila-bila masa je. Kekadang kalau pergi kenduri kendara mesti akan jumpa daging masak blackpapper macam ni kan. Dan biasanya lauk ni dimasak hitam dengan campuran kicap. Barulah sedap nak makan nanti.
Blackpapper ni memang dah pedas. Tapi, pedasnya tak sama dengan letak cili. Kalau nak lagi power, korang boleh campur sedikit cili padi. Ikut cita rasa masing-masing. Kita boleh adjust nak pedas atau pun tak. Tapi kalau nak bagi anak-anak makan, blackpapper yang ada tu dah cukup. Tak perlu letak cili lagi.
Resepi daging masak blackpapper ni mungkin korang dah biasa buat. Tapi, lain orang tentu lain caranya kan. Sebab kalau saya masak blackpapper pun tak campur tepung jagung. Rupanya kalau letak, lagi cantik tekstur masakan kita tu.
Jom kita follow resepi simple dan mudah yang di kongsikan oleh Encik Khairul Hasrol ni. Nak follow beliau guna daging bahagian topside pun boleh. Hiris nipis-nipis kalau nak daging lembut masa di makan nanti. Boleh juga kalau nak rebus dulu.
RESEPI DAGING MASAK BLACKPEPPER
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan daging masak blackpapper ni. Elok guna coarse black pepper. Tapi, kalau takde korang boleh je guna yang biji dan tumbuk sampai separuh hancur.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan perap :
- +/- 1 kilo daging topside (dihiris nipis-nipis, basuh & toskan)
- 5 sb sos lada hitam (brand life)
- Lada hitam secukupnya (coarse black pepper)
* Perapkan sos lada hitam & lada hitam kasar bersama-sama daging 15-30 minit (Perap lagi lama, lagi sedap)
Bahan-bahan lain :
- 5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 1 inci halia (dihiris memanjang)
- 1 tin cendawan dalam tin (dibelah 4)
- 1 biji bwg besar (saiz besar dibelah lapan)/ bawang holland
- 1 biji cili hidup (dipotong serong)
- 1 biji tomato (saiz sederhana dibelah 6)
- 5 sb sos tiram
- Kicap pekat manis secukupnya
- 1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah)
- Garam & bahan perisa secukupnya
CARA PENYDIAAN DAGING MASAK BLACKPEPPER :
▶️ Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih & halia sehingga naik bau.
▶️ Masukkan daging yang telah diperap. Masak daging sehingga empuk.
▶️ Masukkan sos tiram.
▶️ Masukkan kicap pekat manis.
▶️ Masukkan tomato & cendawan.
▶️ Masukkan pula hirisan bawang besar dan cili hidup.
▶️ Masukkan garam & bahan perisa. Tak perlu letak banyak sebab kicap dah masin ye.
▶️ Masukkan tepung jagung. Siap!
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Kacang Goreng Rangup Dan Berlemak. Sedap Sangat Buat Ngunyah-Nguyah!
Siap untuk dihidang! Boleh gantikan cendawan dengan lada benggala (bell pepper). Tapi, pakai cendawan dalam tin ni pun sedap giler. Saya pun first time jumpa resepi daging masak blackpapper yang di campur dengan cendawan dalam tin ni.
Yang suka masak-masak, mesti dah biasa nampak resepi Encik Khairul Hasrol kat Facebook kan. Beliau memang gemar berkongsi resepi, especially kek. Korang boleh usha Facebook beliau untuk cuba resepi-resepi lain pula. Ada banyak resepi kek tau!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau, kerana sudi berkongsi resepi daging masak blackpapper yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!