Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Biskut Biscoff Lotus Crunchy. Rasa Creamy, Garing Dan Rangup Sangat!

0 2,159

Raya tahun ni korang dah start buat biskut raya ke? Ada tak kat sini penggemar kuih semperit? Kalau ada, apa kata hari ni kita follow resepi semperit kayangan atau nama lainnya resepi biskut biscoff lotus crunchy. Memang sedap sangat rasanya!

Tekstur biskut ni garing dan rangup. Manakala rasanya pula agak mewah dan creamy. Yang tak pernah cuba resepi biskut raya kayangan ni, boleh lah cuba buat untuk raya tahun ni. Daripada beli kat luar, elok sangatlah kalau dapat buat sendiri di rumah.

Semua mesti dah tak sabar nak balik kampung raya tahun ni kan? Lepas 2 tahun hadap raya PKP, harap-harap tahun ni dapat lah kita berkumpul satu keluarga semuanya. Rindu rasa nak bakar lemang, masak rendang malam raya dengan adik-beradik.

Eh, terselit pula mood raya tahun ni. Okey lah, sambung balik cerita pasal resepi biskut biscoff lotus ni. Biskut ni juga boleh dibuat dengan pelbagai bentuk. Biasanya akan akan menggunakan acuan kuih semperit. Tapi nak pakai acuan tekap pun boleh.

Resepi ciskut biscoff lotus kali ini akan dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Aisyah Humaira. Nampak sangat menarik perkongsiannya. Patut lah dapat share dan like yang banyak di Facebook.

RESEPI BISKUT BISCOFF LOTUS CRUNCHY

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan biskut ni. Kalau tak pernah cuba, boleh try dalam kuantiti sikit dulu. Kalau dah tersuka boleh lah buat berbalang untuk stock raya nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 3 ketul butter, saiz 250gm setiap satu
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula icing atau ikut manis disukai
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1 biji telur saiz B (alergi telur tak perlu letak tetap sedap)
  • 3 sudu besar penuh lotus spread
  • 3 sudu besar susu cair SAJI
  • 1 susu besar cuka makan
  • 6 sudu besar minyak masak

** kacau semua bahan ni sekadar sebati sahaja jangan sampai kembang

Bahan kering :
  • 5 cawan tepung gandum beker choice @ cap ros yang telah diayak
  • 1 cawan penuh tepung jagung yang telah diayak
  • 1 sudu besar rata emplek
  • 1 sudu besar rata baking powder
  • 1 sudu besar rata cream off tartar
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 sudu besar susu tepung (optional)
  • 1 sudu besar fiber creme (optional)

 

Bahan lain :
  • Biscoff lotus (dihancurkan)
  • biskut digestive hancur (optional)
  • Lotus spread

CARA PENYEDIAAN BISKUT BISCOFF LOTUS CRUNCHY :

▶️ Masukkan bahan kering separuh-separuh dahulu dan kacau.

▶️ Masuk pula 2-3 cawan biscoff lotus yang telah dihancur halus dan tambah suku cawan biskut digestive hancur. Tapi tak letak biskut digestive pun takpe. Kacau semua dan sebatikan.

▶️ Adunan mesti lembut tapi tak melekat ditangan. Jika terlebih lembik boleh tambahkan tepung sedikit-sedikit.

▶️ Wrap dan rehatkan setengah jam dalam chiller.

▶️ Ambil separuh doh dan canaikan lalu terap ikut acuan digemari. Jika nak mudah tak perlu terap. Korang bolah ceduk dengan sudu je dan susun-susun atas loyang cara ni cepat dan tak renyah.

▶️ Masukkan Lotus spread ke dalam piping beg. Lubangkan sedikit di bahagian tengah biskut cucuk menggunakan jari dan picit lotus spread ke atas biskut.

▶️ Tabur biskut lotus yang telah dihancurkan.

▶️ Bakar pada suhu 160-170C api atas bawah, dulang ditengah dan bawah. Suhu boleh ikut oven masing-masing. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak.

 

BACA JUGA : Resepi Daging Masak Hitam Ala Kenduri Dan Acar Timun Bertumis Yang Mudah Dan Sedap. Nak Masak Raya Pun Boleh!

 

Siap! Mudah je kan! Nak buat biskut raya ni kena rajin. Kalau tak memang beli je lah jawabnya. Dapat yang murah dan sedap untung juga. Kalau dapat yang murah dan rasa sama je semua jenis kuih. Memang stress juga lah kan.

Bulan ramadan ni, banyak juga resepi yang Cik Puan Aisyah Humaira kongsikan di Facebook. Rata-rata perkongsiannya, menarik perhatian ramai dan sedap-sedap belaka. Ramai yang bagi respond positif pada ruang komen.

Ribuan terima kasih diucakan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi biskut biscoff lotus crunchy ni di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open