Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Udang Perap Cicah Sos Thai. Resepi Simple Tapi Padu!
Siapa yang belum pernah cuba makan udang perap ni, memang wajib cuba sekali je rasa udang perap ni. Paling penting cicah dengan sos Thai yang marvellous.
Nak buat udang perap ni senang je sebenarnya. Sebelum ni biasa dengan ayam perap, kambing perap, daging perap kan. Haa, sesekali boleh cuba buat udang perap pulak.
Untuk yang makan udang dan suka seafood ni 1kg buat memang tak cukup lah jawabnya. Nak-nak pula kalau ada anak ramai berebut-rebut nak makan udang perap ni.
Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Ameera ni, bukan nampak je simple tapi memang nak buat pun sangat -sangat senang. Kalau yang baru nak belajar masak tu pun bolehlah cuba buat dan hidangkan dekat family.
Jom saya kongsikan bahan-bahan yang digunakan dan step by step macam mana nak buat udang perap ni. Jangan risau sebab bahan-bahan semuanya mudah!
RESEPI UDANG PERAP CICAH SOS THAI
Nak gunakan resepi yang sama untuk perap ayam, sotong atau daging pun boleh. Serious sedap dan wajib cuba tau!
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 kg udang
- 1 ulas bawang putih ( cincang halus)
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos bbq
- Sedikit lada sulah
CARA PENYEDIAAN UDANG PERAP CICAH SOS THAI :
▶ Mula-mula sekali, basuh bersih udang. Tarik bahagian hitam di belakang badan udang. Basuh san toskan dulu.
▶ Potong dadu bawang putih, masukkan sekali dalam bekas udang.
▶ Kemudian masukkan garam, lada hitam, lada putih, sos cili, sos bbq serta renjiskan lada sulah.
BACA JUGA: Cara Buat Roti Jagung Cheese Viral. Memang Wajib Makan 2 Keping Sorang!
▶ Seterusnya, gaul semua bahan-bahan. Gaulkan guna tangan je tau. Sebab nak bagi udang serap dengan bahan-bahan tadi sekata. Biarkan sekejap.
▶ Sediakan lidi sate. Cucuk udang 3 ekor untuk sebatang lidi.
▶ Panaskan minyak dan panggang udang perap kita. Biarkan sampai masak. balikkan bahgian sebelah lagi supaya masak sekata.
▶ Dah masak, hidangkan dengan sos Thailand. Sos Thai ni boleh beli dekat pasaraya. Memang sedap dan marvellous!
Bila dah masak, udang memang akan kecut sikit. Sebab tu bila buat 1 kilo tak cukup makan dengan anak beranak. Masing-masing berebut nak makan banyak.
Kalau time berkumpul ramai-ramai dengan family, buat makan-makan boleh juga jadikan udang perap ni salah satu hidangan. Waktu ni bukan 1-2kg udang diperlukan. Memang banyak lah jawabnya.
Masakan simple macam ni, tak jumpe dekat kedai biasa. Dekat hotel 5 bintang baru ada, harga pun kayangan. Hehe. Tapi kita buat sendiri dekat rumah makan sampai puas.! Selamat mencuba!