Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Sup Telur Chinese Style Ala Hotel! Resepi Mudah Nak Follow Dan Rasa Dia Memang Superb!

0 6,791

Bila sekarang ni musim sejuk je, makanan yang paling sedap dimakan mestilah makanan berkuah, atau bersup. Makan panas-panas memang sedap marvellous!

Kalau nak buat makanan bersup ni ada banyak resepi masakan yang kita boleh follow. Salah satunya adalah resepi Sup telur Chinese Style. Serious sedap dan memang wajib cuba.

Kalau korang belum pernah rasa, boleh cuba follow resepi daripada Cik Puan Zurina Zulkefli  kita ni. Nampak berselera pulak bila tengok pada gambar yang dikongsikan.

Nak makan sup telur Chinese style ni tak payah makan dengan nasi pun tak pe. Sedap hirup makan macam tu je. Penggunaan bahan dalam sup ni terpulang kepada kita nak makan apa. Jika suka sosej boleh masukkan. Tapi crab stick tu memang wajib sebab ia penyedap rasa !

 

RESEPI SUP TELUR CHINESE STYLE

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Bawang putih (cincang halus)
  • Halia (cincang halus)
  • Kiub pati ayam (tiada MSG)
  • Filamen ketam (dihiris nipis)
  • Telur ayam (dikocak)
  • Tepung jagung (dibancuh)
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 cubit garam
  • 1 sudu kecil cuka
  • Daun bawang
  • Minyak bijan

CARA PENYEDIAAN SUP TELUR CHINESE STYLE :

▶ Panaskan air di dalam periuk. Kemudian masukkan kiub pati ayam, bawang dan juga halia. Biarkan sehingga ia mendidih.

▶ Setelah air rebusan mendidih, masukkan isi filamen ketam dan biarkan masak seketika.

▶ Seterusnya, tuang bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat dan likat.

▶ Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan -lahan supaya telur tidak bergumpal. Biarkan telur hancur je semuanya.

▶ Tambahan perasa,  secubit garam, sesudu kecil cuka, dan juga sesudu kecil kicap pekat. Kacau sehingga semuanya sebati.

▶ Rasa semua dah siap, padamkan api. Sedia untuk dihidangkan. Atau boleh dimakan bersama daun bawang dan minyak bijan.

Walaupun sup telur Chinese style ni biasa dihidangkan dekat hotel-hotel je, lepas ni dari dapur kita pun dah boleh siapkan masakan yang mewah dan lazat macam ni.

BACA JUGA: Resepi Simple Berlado Kentang Dengan Ikan Bilis! Hidangan Padu Pedas Terangkat!

Untuk lebih sedap, boleh juga makan dengan roti garlic tau! Nak buat untuk minum petang ke, sambal hujan lebat turun tu, bolehlah panaskan badan dengan sup telur Chinese style ni.

Mudah je kan nak buat dia. Masakan sup telur ni, bukan untuk dewasa je, anak-anak paling  suka sebab ada telur dan isi filamen ketam tu. Berebut makan!

Kepada yang nak mencuba, bolehlah rujuk cara buat sup telur chinese style yang saya kongsikan ni. Serious mudah dan rasa pun sedap. Hidangkan untuk keluarga pasti semuanya suka!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open