Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Ada Roti Lebih Jom Buat Roti Heaven! Resepi Simple dan Fancy Untuk Hidangan Santai.
Kalau ada roti lebih, dah dekat expired boleh habiskan beberapa resepi roti yang sedap dan fancy. Salah satunya roti heaven ni! Dah macam pizza simple mewah pulak kan.
Nak buat roti macam ni sesuai sangat untuk buat makan petang. Santai-santai je makan sambil luangkan masa dengan keluarga. Dapat makan roti heaven macam ni tak cukup makan sekeping.
Nak makan pizza, boleh buat sendiri je dengan menggunakan roti gardenia. Nak lebih sedap, rabur cheese cheddar extra atas pizza untuk bagi ada effect Tarik tu.
Dalam perkongsian kali ni, saya nak share resepi yang ajar kita macam mana nak habiskan roti sekelip mata je. Zup zap dah boleh siap! Anak-anak pun suka makan roti heaven ni.
Apa-apa pun terima kasih kepada Cik Puan Nanny Emma Emma sebab sudi kongsikan resepi simple ni. Asal bahan semua ada, terus boleh buat.
RESEPI ROTI HEAVEN
Boleh je nak gunakan apa-apa jenama roti yang korang suka. Ada yang suka gunakan brand daisy kerana rotinya lebih lembut dan tebal.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 8 biji telur
- Semangkuk kecil cheese cheddar parut
- Semangkuk kecil mozzarella
- Semangkuk kecil daging cincang ramly
- 1 biji bawang besar ( potong dadu )
- 2 biji cili besar ( dihiris )
- Sedikit daun bawang ( dihiris )
- Sedikit aji shio black pepper
- 8 keping roti
CARA PENYEDIAAN ROTI HEAVEN :
▶ Kocakkan semua bahan dalam 1 mangkuk besar kecuali roti. Kocak sampai bahan sekata dan sebati.
▶ Panaskan oven dan sediakan loyang.
▶ Lapik loyang dengan baking paper. Susun roti 2 keping secara bertindan dalam loyang. Letakkan sedikit markerin di atasnya.
▶ Tuang bahan kocak ke atas roti.
▶ Bakar dengan suhu 200’c selama 25 minit atau sampai masak sehingga garing menggunakan api atas bawah.
TIP :
▶ Kalau nak lebih sedap, boleh campurkan dengan bahan lain seperti sosej, crab stick dan sebagainya. Hiris nipis dan dadu, masukkan sekali dalam bancuhan telur.
BACA JUGA: Cara Buat Udang Goreng Cili Bertelur. Resepi Baru Yang Korang Wajib Cuba!
Mudah je kan nak buat roti heaven ni. Sekali ngap memang rasa macam heaven lah. Bila roti dah masak dan bakar sempurna, ia akan jadi tebal dan mewah bila dimakan.
Menu simple, yang ala-ala viral ni sesuai lah kalau nak buat untuk hidangan santai dengan kawan-kawan atau berkelah beramai-ramai.
Dah tahu cara nak buat roti heaven ni, nanti ada je roti nak expired, senang lah sikit kan. Buat je roti ni, confirm habis licin berebut semuanya!