Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Original Ayam Percik Merecik. Step By Step Yang Mudah Untuk Anda Follow!
Pergi pasar malam je mesti nampak ayam percik apatah lagi dibulan ramadhan. Setiap kali kebazar mesti terhidu bau-baunya. Ayam percik merecik ini merupakan lauk yang sangat sinonim terjual dibazar ramadhan dan sangat disukai ramai.
Selain menggunakan ayam, masakan percik boleh dihidang dengan sotong, ikan dan juga daging. Ianya merupakan sejenis masakan pantai timur Malaysia. Yang mana ayam akan dipanggang dengan menyelutupi kuah bersantan.
Dua kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ayam sebelum dipanggang. Sama ada kukus dulu ayam perap ataupun nak jimatkan masa, masak ayam guna separuh dari kuah yang dimasak tadi menggunakan kuali berasingan, tak perlu perap lagi.
Resepi ayam percik ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Miya Aira. Dapat kita lihat hasil daripada perkongsian beliau, lebih kurang 3.8K yang share yang membuktikan ramai penggemar lauk istimewa ini.
Hujung-hujung minggu anda bolehlah selitkan resepi ayam percik ini. Sangat mudah kerana tidak perlu menggunakan bahan memasak yang banyak. Kalau tak nak bakar guna arang, boleh je bakar guna pemanggang ajaib.
RESEPI ORIGINAL AYAM PERCIK
Ayam percik ni sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Kalau ke pasar malam mesti ada yang membelinya dan dimakan bersama nasi lemak seringgit. Sedap sangat tau! Jom lihat langkah-langkah penyediaannya seperti dibawah ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A : Perapan
- Seekor ayam potong 4, 6 atau 8
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
*Dikisar sampai halus
Bahan B : Kuah
- 10 ulas bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 2 batang serai*
- Cili kering nak pedas taruk lebih (direbus dahulu)*
- Setengah bekas santan pekat
- Perasa dan garam secukupnya
- 2-3 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN ORIGINAL AYAM PERCIK :
Cara penyediaan perapan ayam :
▶️ Perap ayam bersama bahan kisar dan garam secukup rasa.
▶️ Perap selama 30 minit. Sementara menunggu ayam terperap boleh buat kuah dulu.
Cara penyediaan kuah :
▶️ Kisar semua bahan yang bertanda *.
▶️ Masukkan dalam kuali atau periuk bersama santan. Kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan sahaja.
▶️ Masukkan perasa, garam dan gula. Gula wajib letak ya sebab kuah percik kena rasa manis-manis sedikit baru sedap. Dah nampak pekat, terus tutup api.
Cara penyediaan ayam percik :
▶️ Kukus ayam yang diperap tadi sehingga masak.
▶️ Kalau anda nak jimat masa, tak nak perap atau kukus pun boleh. Cuma masak ayam guna separuh dari kuah yang dimasak tadi menggunakan kuali berasingan, tak perlu perap.
▶️ Bila ayam yang dikukus sudah masak, lumur atau celup ayam didalam kuah masak kuah tadi.
▶️ Bakar ayam hingga garing. Balik-balikkan dan sambil balikkan tu lumur sedikit demi sedikit kuah atas ayam.
▶️ Dah siap! Kuah lebihan tadi dituang atas ayam yang dah dibakar.
BACA JUGA: Resepi Karipap Kentang Yang Padu Dan Sedap. Tips Jadikan Kulit Rangup Dan Cantik Pun Ada!
Siap dah ayam percik merecik kita ni. Kalau guna arang kena pandai control baranya, kang tak pasal-pasal hangit. Kalau nak selamat dan mudah bakar guna pemanggan ajaib ataupun apa saja jenis pembakar.
Anda boleh gunakan salah satu kaedah yang anda suka. Hidang sekali sekala dihujung minggu seronok juga. Lain tempat lain jenis ayam perciknya. Seperti Kelantan dan Terengganu, hidangan ayam perciknya berbeza.
Kepada mereka penggemar ayam percik dan suka kuah pekat likat, apa kata cuba resepi yang dikongsikan oleh cik puan miya kita ni. Semoga resepi original ayam percik merecik ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!