Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Karipap Kentang Yang Padu Dan Sedap. Tips Jadikan Kulit Rangup Dan Cantik Pun Ada!

0 845

Mesti ramai sangat dengan penggemar karipap kentang kan? Karipap merupakan kuih tradisional Melayu yang sangat disukai ramai. Intinya boleh dipelbagaikan. Begitu juga dengan tekstur kulitnya.

Karipap antara kuih yang sering kali kita temui dijual dimana-mana gerai tepi jalan. Tak kira waktu pagi ataupun petang. Boleh dimakan bila-bila masa sahaja dan seringkali dihidangkan bila ada majlis kenduri atau rumah terbuka.

Karipap yang sedap sudah tentu mempunya tekstur kulit yang rangup dan inti yang padu dan secukup rasa. Macam mana pula nak dapatkan kulit karipap yang rangup dan bila digoreng nampak cantik tu?

Mudah sahaja, anda perlu ikuti perkongsian daripada Cik Puan Raihana Hazali ini. Banyak tips-tips yang beliau tinggalkan difacebook untuk membantu mereka yang ingin mencubanya.

Antara tips yang beliau kongsikan adalah untuk hasilkan kulit karipap yang licin dan tak menggerutu haruslah menggunakan api yang sederhana semasa goreng. Tak nak karipap terbukak masa digoreng pula, sapukan sedikit air dihujung doh sebelom di claim.

 

RESEPI KARIPAP KENTANG

Sukatan bahan yang digunakan dapat menghasilkan 70 keping karipap. Kalau tak nak digoreng semuanya, boleh frozenkan je. Bila-bila masa nak makan anda boleh keluarkan dan goreng sahaja.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk kulit karipap :
  • 1 kg tepong (untuk 70 keping karipap)
  • 1 cawan minyak/ 1 cawan minyak sapi/ 1 cawan majerin
  • 1 sudu besar rata garam (bancuh dengan air anggaran 2 cawan biasa)

 

Bahan untuk inti kentang :
  • 7 biji potong Kentang (dipotong dadu dan direbus sehingga empuk. Toskan)
  • 5 biji Bawang merah (dikisar)
  • 4 biji atau lebih Bawang putih (dikisar)
  • Satu senduk Kari (cap babas)
  • Garam secukup rasa
  • 1 mangkuk kecil daging atau ayam cincang

CARA PENYEDIAAN KARIPAP KENTANG :
Cara penyediaan kulit karipap :

▶️ Panaskan 1 cawan minyak/ 1 cawan majerin/ 1 cawan minyak sapi.

▶️ Dah panas terus tuangkan ke dalam 1 kg tepung. Gaul dan ramas-ramas.

▶️ Kemudian, masukkan air yang telah dibancuh dengan garam tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Jangan terus tuang semua air ke dalam tepung.

▶️ Biarkan doh dalam bekas bertutup 10 minit. Baru canai dan cetak bulat.

Cara penyediaan inti kentang :

▶️ Tumis bawang merah dan bawang putih yang sudah dikisar tadi. Tumis sampai naik bau.

▶️ Masukan satu senduk kari dan masukkan 1 mangkuk ayam atau daging cincang dan gaul rata. Kalau rasa kering boleh tambah air sedikit.

▶️ Kemudian, perasakan dengan garam secukupnya. Masukkn gula kalau suka.

▶️ Masukkan kentang yang telah direbus tadi, biarkan sehingga mesra dan sedikit kering.

▶️ Seterusnya, masukkn daun sup dan bawang besar yang didadu tadi. Gaul seketika dan tutup api.

▶️ Masukkan inti dalam doh yang telah dicanai bulat. Kalau guna mesin, gelek doh karipap guna no 6 ke 6 setengah. Claimkan doh.

▶️ Panaskan minyak yang sederhana dan goreng sehingga masak.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Dry Chilli Chicken Ala Mamak Bistro. Tambah Nasi 3 Pinggan Dibuatnya!

 

Siap pun karipap kentang kita. Tips tak nak karipap yang difrozenkan tu melekat lekat dalam peti, mesti digoreng separuh masak dulu atau dimasak dalam oven sekejap. Sejukkan barulah simpan dalam peti ais bahagian beku.

Tips untuk karipap tidak menjadi keras pula doh yang sudah diperap mestilah diletak didalam bekas yang bertutup supaya tidak masuk angin. Bila masuk angin doh tak mengembang dengan cantik, hasilnya karipap menjadi keras.

Lebihkan sedikit marjerin, minyak sapi atau minyak masak pun tak apa. Lebih sedap dan rangup. Nak buat karipap ni kena guna teknik yang betul, barulah hasilnya cantik dan sedap. Semoga resepi karipap kentang ini bermanfaat. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open