Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Dry Chilli Chicken Ala Mamak Bistro. Tambah Nasi 3 Pinggan Dibuatnya!

0 832

Siapa suka makan dry chilli chicken dekat mamak Bistro? Mesti anda seronok sebab lepas ni anda boleh memasak lauk kesukaan anda ini secara homemade. Dry chilli chicken merupakan hidangan Hakka, masakan Cina India yang popular dan lazat.

Ianya dihasilkan dengan potongan ayam yang renyah dan ringan dimasukkan ke dalam sos cili pedas. Ianya juga merupakan lauk yang sangat mudah dimasak. Banyak juga kebaikkannya bila buat sendiri, lebih jimat dan pasti lebih puas hati.

Tekstur isi ayam akan menjadi crunchy kerana digoreng menggunakan tepung terlebih dahulu. Cuma menggunakan tepung bestari sahaja. Seterusnya ayam goreng akan ditumis sekali lagi dan digaul mesra dengan sos cili pedas.

Sangat sedap hasilnya! Makan dengan nasi putih panas-panas boleh terangkat dibuatnya. Resepi dry chicken ala mamak bistro ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Ana Suliana.

Salah satu masakan chinese muslim yang anda wajib cuba! Kebanyakan restoran chinese muslim akan menjualnya. Resep ini wajib menggunakan sos cili, sos tomato dan sos tiram untuk mengenakkan lagi masakan.

 

RESEPI DRY CHILLI CHICKEN ALA MAMAK BISTRO

Selain itu, terdapat 2 lagi bahan wajib yang perlu ada dalam penyediaannya iaitu daun kari dan juga asam jawa. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Sebiji bawang (Bahagi kepada dua bahagian. Bahagian luar bawang dipotong kasar, bahagian dalam bawang dipotong macam biasa)
  • 2-3 ulas Bawang putih (dihiris nipis)
  • 3 tangkai Cili api
  • 1 tangkai Cili merah
  • 5 – 10 tangkai Cili kering (dipotong kasar)

 

Bahan wajib :
  • Daun kari
  • Satukan sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram dalam mangkuk
  • Setengah sudu Asam jawa cup (masam-masam baru jadi)

 

Bahan ayam :
  • Isi ayam potong dadu
  • Sebiji telur
  • Tepung goreng bestari

CARA PENYEDIAAN DRY CHILLI CHICKEN ALA MAMAK BISTRO :

▶️ Pecahkan 1 biji telur dalam mangkuk berisi ayam tadi.

▶️ Celup satu-satu isi ayam dalam tepung bestari dan terus goreng sampai masak.
Ketepikan dan masak sos pula.

▶️ Tumis cili kering dan daun kari sampai sedikit garing.

▶️ Masuk bawang merah, bawang putih, cili api dan cili merah. Bahagian luar bawang yang dipotong kasar tadi jangan masukkan, yang tu nak pakai akhir sekali.

▶️ Masukkan semua sos cili, sos tomato dan sos tiram.

▶️ Tambah sedikit air. Tekstur lepas isi air mestilah tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.

▶️ Masukkan asam jawa, garam secubit and gula secukup rasa.

▶️ Masukkan isi ayam crunchy dan bawang bahagian luar tadi. Time ni kalau nak tambah cili benggala pun boleh. Potong size macam bawang merah. Kacau sampai sebati.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Dry Chilli Chicken Ala Mamak Bistro. Tambah Nasi 3 Pinggan Dibuatnya!

 

Mudahkan! Rasanya yang lengkap dengan masam, manis dan pedas cili kering tu memang padu. Makan kering-kering dengan nasi panas pun dah sedap tak payah lauk lain lagi!

Lepas ni penggemar masakan ini tak perlu beli diluar lagi. Nak keluar kesana kesini pun tak mudah sekarang ni. Lebih-lebih lagi tengah Lockdown. Anda gunakan resepi ini dan buat secara homemade. Confirm puas hati!

Apa yang paling penting, lauk ni antara lauk simple yang cepat dimasak dan cukup menyelerakan. Rugi sangat tak mencubanya. Semoga resepi dry chilli chicken ala mamak Bistro ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open