Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Aneka Resepi Sotong Yang Menjadi Kegemaran Seisi Keluarga. Rasa Yang Kekal Segar Dan Tak Liat

0 7,059

Dalam banyak-banyak seafood, sotong dan udang biasanya akan jadi rebutan. Dan saya paling suka bila sotong dimasak tak terlalu lama, jadi ianya tidaklah liat bila digigit.

Tapi saya tidak nafikan ada yang suka sotong jenis liat, ianya terpulang kepada diri masing-masing. Kalau stok sotong ada di rumah, biasanya apa jenis lauk yang anda akan masak dengan sotong?

Di bawah ni, saya kongsikan beberapa koleksi resepi sotong yang boleh kita masak. Kalau dah biasa masak sambal, mungkin kali ni boleh masak buttermilk, atau sotong bakar. Yummy!

 

KARI SOTONG TANPA SANTAN

Kari sotong jarang saya buat untuk masak dekat rumah. Kalau rasa nak makan, biasanya ke kedai mamak je. Sebab rumah ni tak ramai yang suka makan kari sotong.

Tapi, bagi penggemar kati sotong, nak makan dekat mamak risau kena kapak. Nah! Resepi dari Port Resepi, kongsikan cara nak buat kari sotong tanpa santan. Pekat dia Nampak menarik!

RESEPI KARI SOTONG TANPA SANTAN

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 5 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 5-6 tangkai cili kering (boleh juga pakai serbuk cili)
  • 1 inci Halia
  • ½ biji bawang besar potong slice
  • 1 sudu halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 biji tomato
  • 1 biji lada besar
  • Air dan air asam jawa
  • bahan utama – Sotong

 

CARA PENYEDIAAN KARI SOTONG TANPA SANTAN :

▶ Panaskan minyak, tumis halba campur, daun kari dan bawang besar. Tumis sehingga wangi.

▶ Blend bawang putih, bawang kecik, halia dan cili kering. Blend hingga hancur

▶ Dan naik bau, masukkan bahan blend. Kacau sehingga naik minyak, masukkan air. Ulang proses yang sama 2x. (masak hingga naik minyak, masukkan air)

▶ Masukkan serbuk kari ikan dan gaul rata. Biarkan sekejap. Masukkan air 1 cawan. Kacau rata.

▶ Kemudian, masukkan kentang yang dipotong nipis. Biarkan sehingga kentang empuk, dan masukkan air asam jawa.

▶ Seterusnya, masukkan sotong dan kacau manja

▶ Perasakan dengan garam. Saya letak gula sikit.

▶ Akhir sekali masukkan tomato dan lada besar.

▶ Dah siapp.. sedia dihidang.

 

SAMBAL SOTONG SEDAP

Sedapnya makan sambal sotong dengan nasi panas. Sambal pun berjenis-jenis kan. Lain orang lain cara masak sambalnya.

Tapi saya ni apa jua jenis sambal sotong pun tetap suka dimakan dengan nasi panas tu. Confirm akan bertambah. Dan sambal sotong ni mudah je nak buat dia.

 

RESEPI SAMBAL SOTONG SEDAP

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 600-800 gram sotong
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan halia / 3 biji bawang merah / 2 ulas bawang putih yang dikisar bersama
  • ½ cawan minyak masak
  • 1 sudu makan gula perang / gula melaka serbuk
  • 1 keping asam keeping
  • Serbuk perasa dan garam secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN SAMBAL SOTONG :

▶ Bersihkan sotong dan goreng tanpa minyak untuk keluarkan air sotong hingga separuh masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.

▶ Kemudian, panaskan minyak dan masukkan bawang kisar. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.

▶ Masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak dan garing dengan api kecil.

▶ Bila dah pecah minyak, masukkan gula perang bersama asam keping. Biarkan sambal tumis bertukar warna menjadi merah tua (pekat). Sesuaikan rasa bersama garam, serbuk perasa.

▶ Seterusnya, masukkan sotong yang ditoskan tadi. gaul sekejap dan masak lebih kurang 3-5 minit sahaja. Jangan terlalu lama nanti sotong akan jadi liat. Tak sedap.

▶ Jika anda nak masukkan petai (ikut kegemaran), boleh masukkan sekali bersama sotong.

▶ Akhir sekali, ambil sebiji bawang besar hiris membulat dan tabur sebagai hiasan.

▶ Tutup api dan hasilnya resepi sambal sotong anda memang terbaik dari segi rasa dan kepekatan sambal

Kredit resepi: Ayah Aiman

 

SOTONG BAKAR BERSAMBAL

Wah! Dengar je sotong bakar pun dah kecur air liur. Ini kan pula siap ada dengan sambal. Sedapnya tak terkata.

Sotong bakar bersambal ni gunakan banyak bahan tapi semua yang ada di dapur kita je. Follow je step by step semuanya akan jadi mudah.

RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL

Bahan-bahan yang digunakan adalah:

  • Sotong (saiz besar kalau dapat dengan telurnya sekali lagi sedap)
  • 15 tangkai lada kering – perlu dikisar
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji bawang kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • air asam jawa – secukupnya
  • garam dan gula
  • Sedikit minyak masak

 

CARA PENYEDIAAN SOTONG BAKAR BERSAMBAL :

▶ Mula-mula, sotong perlu dibersihkan dan dikelar badannya (jangan sampai putus)

▶ Kemudian untuk membuat sambal, anda kisar semua bahan (lada kering, cili merah, semua bawang, buah keras dan serai).

▶ Masukkan bahan kisar dalam bekas.

▶ Selepas itu anda masukkan sos tiram dan air asam jawa.

▶ Kemudian masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.

▶ Akhir sekali masukkan sedikit minyak masak.. Adun semuanya hingga sebati untuk dijadikan sambal

▶ Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.

▶ Masaklah lebih kurang 5-7 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak. Jangan terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.. Selamat mencuba

 

SOTONG GORENG BUTTERMILK

Siapa yang suka makanan creamy, pasti akan suka dengan masak buttermilk ni. Jika sebelum ni pernah makan udang atau ayam goreng buttermilk, kali ini kita cuba rasa sotong buttermilk pulak.

Bila dah rasa, memang boleh jatuh cinta. Nak makan dengan nasi boleh, nak ratah pun taka da masalah. Sedap!

RESEPI SOTONG GORENG BUTTERMILK

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 5 ekor sotong saiz sederhana @ 570g
  • ½ cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung ubi
  • ½ cawan tepung bistari
  • 2 biji telur

 

Bahan² untuk kuah :

  • 3 ulas bawang putih (potong dadu)
  • 6 biji cili padi
  • 3 sudu besar butter (marjerin)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1½ cawan susu segar
  • 1 keping cheese

 

CARA PENYEDIAAN SOTONG GORENG TEPUNG BUTTERMILK :

▶ Campurkan semua jenis tepung dalam satu bekas. Gaul sebati

▶ Kemudian celup sotong dalam telur dan lumur sotong dengan campuran tepung tadi.

▶ Bila dah siap lumur sotong tadi. Goreng semua sotong sehingga masak.

▶ Untuk kuah pula. Cairkan butter dan tumis bawang putih yang dah di potong dadu tadi sehingga kekuningan

▶ Kemudian masukkan daun kari dan cili padi. Kacau sehingga naik bau.

▶ Seterusnya masukkan susu segar. Kacau sehingga sedikit panas dan kemudian masukkan cheese.

▶ Bila cheese dah cair boleh masukkan sotong goreng kita tadi. Kacau sehingga rata dan boleh tutup api.

▶ Sotong goreng buttermilk siap untuk di hidangkan 😍😍

 

SOTONG MASAK KICAP DENGAN TAUHU TELUR

Untuk buat lauk anak-anak, kena lah fikirkan masakan yang tak pedas dan biasanya masak kicap lah jadi pilihan. Senang dan simple.

Tapi andai kata sotong tak banyak, bolehlah masukkan tauhu telur sebagai penambah lauk bersama sotong. Nampak menarik, jom kita tengok resepinya.

RESEPI SOTONG MASAK KICAP DENGAN TAUHU TELUR

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 2 peket tauhu telur – potong 4 dan digoreng
  • 2 ekor sotong – potong cincin
  • 2 ulas bawang putih – diketuk
  • 1 biji bawang besar – potong bulat
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 biji cili merah – hiris serong
  • 4 sudu makan kicap lemak masin – (nak guna kicap lemak manis pun boleh, tapi kena tambah garam sikit)
  • sedikit serbuk perasa (optional)
  • sedikit daun bawang

 

CARA PENYEDIAAN SOTONG KICAP DENGAN TAUHU TELUR

▶ Panaskan 2 sudu makan minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kekuningan.

▶ Masukkan sos cili. Tumis sehingga pecah minyak.

▶ Kemudian, masukkan kicap dan sedikit serbuk perasa.

▶ Masukkan sotong, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga sotong masak.

▶ Akhir sekali, masukkan tauhu telur yang sudah digoreng. Kacau rata.

▶ Sebagai hiasan, masukkan hirisan daun bawang. Kacau rata. Siap.

BACA JUGA: Resepi Aneka Sup Yang Lazat Dan Terangkat! Sedap Makan Panas-Panas

SOTONG BERLADA PEDAS

Kalau tadi ada sotong sambal, kali ini berlada juga tapi menggunakan lada hijau. Sudah pasti ianya lebih pedas, padu dan sangat sedap.

Bagi yang tak suka dengan masakan terlalu pedas, boleh kurangkan ikut tahap kepedasan masing-masing tau.

RESEPI BERLADA PEDAS

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 300g sotong @ 8 ekor
  • 4 biji bawang kecil
  • 2 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 1 1/2 genggam cili api (boleh kurangkan)
  • 1 biji kentang
  • 2 keping asam keping
  • 1 sudu kecil sos tiram

 

CARA PENYEDIAAN SOTONG BERLADA PEDAS :

▶ Blend bawang kecil, bawang besar, bawang putih dan cili api.

▶ Potong nipis ubi kentang dan goreng sehingga ubi masak

▶ Kemudian goreng sotong.. Angkat bila sotong dah masak.

▶ Seterusnya tumis bahan blend sehingga naik bau dan kering kekuningan.

▶ Kemudian masukkan asam keping dan kacau sehingga sebati.

▶ Bila bahan tumis dah kering, masukkan 1 sudu sos tiram dan kacau sehingga semua bahan sebati

▶ Seterusnya masukkan sotong dan ubi kentang yang dah digoreng tadi. Kacau sehingga sotong dan lada rata.

▶ Perasakan dengan sedikit garam.

▶ Last sekali masukkan bawang besar yang dah di potong bulat.

▶ Bila rasa dah perfect boleh padamkan api

▶ Sotong berlada pedas dah siap untuk dihidangkan💃💃

 

SOTONG MASAK LEMAK CILI PADI

Udang masak lepak cili padi dah rasa, ayam masak lemak cili padi dah biasa buat. Kalau sotong memang jarang. Kalau orang Negeri Sembilan ni, mesti akan suka sebab makanan asli mereka kan masak lemak cili padi ni.

Rasa dia bukan biasa-biasa tau. Sebab air sotong tu masuk ke dalam kuah, menjadikan lauk kita sedaap, berlemak manis.

RESEPI SOTONG MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahan yand digunakan adalah :

  • 1 kilo sotong segar
  • 2 cawan santan pekat – boleh tambah
  • 1 keping asam keping
  • 2 batang serai (di titik)
  • garam secukup rasa

 

Bahan B :

  • 3 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia *

Kalau kuah kurang tambah santan dan jika suka pedas tambah lagi cili .

Tambah atau kurang bahan-bahan ikut selera sendiri ya 😊.

 

CARA PENYEDIAAN SOTONG MASAK LEMAK CILI PADI:

▶ Bersihkan sotong dan di potong kecil. Ketepikan semua dulu .

▶ Tumbuk semua bahan B sampai lumat .

▶ Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi

▶ Masukkan santan, serai dan asam keping .

▶ Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong , sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak

▶ Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh la ditutup api dapur.

 

SOTONG TUMIS TAUCHU

Dapat makan sotong tumis taucu ni dengan nasi panas baru masyuk.. Kuah dia cukup rasa. Setiap suapan nasi tu ada gigitan sotong yang lembut. Memang layan sambal pejam mata lah nampaknya.

Tapi resepi sotong tumis taucu ni tak ramai yang tahu. Sebab biasanya lauk-lauk  macam ni, dekat kampung -kampung boleh lah dapat.

RESEPI SOTONG TUMIS TAUCU

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 500 gram sotong saiz sederhana besar
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 3 biji cili merah
  • 1 peket tauchu
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN SOTONG TUMIS TAUCU

▶ Bersihkan sotong, buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri.

▶ Tumbuk lumat bawang merah. bawang putih dan halia . Potong menyerong semua cili merah .

▶ Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang yang ditumbuk tadi .

▶ Kemudian masukkan sos tiram, semua sotong, gula secukup rasa dan asam jawa secukup rasa .

▶ Kacau sehingga masak, jangan biar terlalu lama nanti sotong akan mengecut dan kuah akan menjadi terlalu banyak .

▶ Selalunya saya masak sotong ini dalam tempoh 15-20 minit dengan menggunakan api dapur yang besar atau sehingga sotong cukup masak .

▶ Jika kurang masin boleh tambah garam atau kicap ikut pada selera masing-masing .

 

SOTONG MASAK KICAP CILI KERING

Jika kita suka makanan yang dimasak pedas, memang cili lah akan jadi peneman. Tapi ada yang tidak suka penas berapi, tapi pedas light-light sahaja.

Boleh follow cara masak sotong kicap dengan cili kering ni. Bila dimakan sotong akan rasa manis dengan rasa bahang pedas yang sedikit.

RESEPI SOTONG MASAK KICAP CILI KERING

Bahan-Bahan yang digunakan :

  • ½ kilo sotong (bersihkan dan potong kecil-kecil)
  • 10 tangkai cili kering dipotong mengikut kesukaan
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dibelah empat dan dipotong dua)
  • 5 sudu makan kicap hitam (saya guna kicap mee keluaran Tamin)
  • ½ cawan air asam jawa
  • Minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN SOTONG MASAK KICAP CILI KERING :

▶ Sotong digoreng tanpa minyak sekadar untuk mengeluarkan airnya dan toskan

▶ Panaskan minyak kemudian goreng cili kering hingga garing dan ketepikan

▶ Menggunakan minyak yang sama tumis bawang putih hingga naik baunya

▶ Masukkan air asam jawa, kicap, garam, gula dan bawang besar

▶ Masak sehingga hampir kering masukkan sotong

▶ Balik-balikkan sebentar dan akhir sekali masukkan cili kering yang digoreng

▶ Sebatikan dan angkat. Sedia dihidang untuk makan tengah hari ataupun makan malam.

 

SOTONG MASAK HITAM

Jangan tertukar ye, sebab masak hitam tidak sama dengan masak kicap. Jika tak gunakan kicap, macam mana kuahnya boleh jadi hitam? Haa jom kita kongsikan.

RESEPI SOTONG MASAK HITAM

Bahan-bahan yang digunakan :

  • Beberapa ekor sotong
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat) *
  • 3 ulas bawang putih (penyekkan) *
  • ½ inci halia (tumbuk kasar) *
  • ½ inci kunyit hidup (tumbuk kasar) * atau sedikit serbuk kunyit
  • 2 – 3 batang cili hidup/ padi
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menumis

 

CARA PENYEDIAAN SOTONG MASAK HITAM :

▶ Potong sotong ikut kesukaan masing-masing dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG.

▶ Kemudian tos dan ketepikan.

▶ Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *.

▶ Lepas tu, masukkan ink sotong dan biarkan sekejap.

▶ Kemudian masukkan sotong.

▶ Tunggu sampai sotong keluar air.

▶ Kemudian campakkan cili dan sedikit garam. Siap.

Simple saja kann? Yang penting rasanya meletop-letoppp especially bila dimakan dengan nasi panas! Yummeh. Gone with the wind laa diet nampaknya!

Nampak mudah je kan resepi sotong yang saya kongsikan ni? Harap sedikit sebanyak boleh lah membantu anda memberi idea untuk membuat menu memasak.

Kepada yang baru nak mencuba, jangan lupa share dulu ke facebook. Supaya mudah anda nak buat carian nanti.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open