Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Puding Kastard Jagung. Resepi Dessert Paling Senang!

Puding Jagung Lembut
0 3,377

Ada yang suka makan puding kastard jagung? Yeaay, kita gang! Kalau dapat makan puding kastard jagung ni, nak pula makan waktu dia sejuk. Memang sedap!

Ada orang lebih suka makan jagung ni buat bubur jagung campur sagu, ada yang duka makan jagung ni rebus kosong je. Atau ada juga yang suka buat jagung manis yang macam kedai.

Tapi kalau ada yang belum pernah cuba makan puding kastard jagung ni memang wajib cuba sekali. Sebab confirm lepas tu mesti nak repeat makan selalu.

Dalam perkongsian kali ni, saya nak kongsikan resepi yang dishare oleh Cik Puan Sakinah Zaily Johari ni. Beliau ajar step by step macam mana nak buat puding kastard ni dengan mudah.

Resepi simple macam ni, memang semua orang boleh buat sampai menjadi walaupun baru sekali cuba. Seronok juga tengok perkongsian dari facebook beliau. Ada banyak lagi resepi yang ada dan boleh kita follow.

 

RESEPI PUDING KASTARD JAGUNG

Jika tak suka makan jagung, boleh skip masukkan jagung. Tapi jagung ni lah yang menjadikan puding kastard kita lebih sedap. Bila setiap gigitan meletup iss jagung dalam mulut. Heaven!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 tin jagung creamy
  • 1 paket @ 300 gram tepung kastard
  • 1 kotak @ 200ml santan
  • ½ tin susu pekat
  • 1 cawan gula
  • 8 liter air
  • 1 sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN PUDING KASTARD JAGUNG :

▶ Mula-mula sekali, satukan semua bahan dalam periuk atau kuali.

▶ Gaul semua bahan jangan bagi ada ketulan tepung. Kemudian baru pasang api yang sederhana. Teruskan kacau.

▶ Jangan berhenti kacau sebab dia akan cepat likat.

▶ Bila adunan dah likat dan cantik, adunan akan letup-letup dalam kuali. Itu tandanya puding kita dah masak. Tutup api dan masukkan dalam loyang atau bekas.

▶ Sejukkan sekejap kemudian masukkan dalam peti ais.

▶ Bila dah sejuk, sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Beko Nyor Bakar Dalam Oven. Resepi Kuih Tradisi Pantai Timur!

Buat puding kastard jagung ni  kita boleh ubah ikut selera kita. Jika suka jagung, extrakan sedikit. Jika suka manis, boleh lebihkan gula. Terpulang kepada kita ikut selera.

Sesiapa yang baru nak cuba buat resepi puding kastard ni, boleh follow je resepi yang saya kongsikan ni. Serious senang dan mudah nak buat.

Saya harap perkongsian resepi puding kastard jagung ni dapat memberikan manfaat kepada korang semua. Sharekan juga di wall supaya lebih ramai lagi yang dapat dapat manfaat yang sama.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open