Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sayur Air Kulit Tembikai Yang Rare. Confirm Tak Buang Kulit Tembikai Lagi Lepas Ni!
Family aku memang suka makan sayur kulit tembikai ni. Tumis macam tu je campur telur. Memang sedap! Korang yang tak pernah cuba lagi, boleh la follow resepi sayur air kulit tembikai ni kat sini. Sekali cuba pasti nak lagi.
Mesti korang tak pernah tahu yang kulit tembikai ni boleh di makan dan di jadikan sayur kan. Sedap tau! Ala-ala masak timun tumis gitu. Lepas ni takde la korang bazir lagi. Beli tembikai jangan buang kulit. Kita buat sayur macam ni je. Jimat!
Sayur air kulit tembikai ni mudah je nak masak. Tumis dengan ikan bilis atau telur pun dah sedap sangat. Layan dengan nasi putih panas-panas dan ikan goreng confirm terangkat dibuatnya.
Resepi sayur air kulit tembikai ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Che Azawimie Che Zahari. Rugi siapa tak cuba resepi ni. Takde la buang macam tu je kulit tembikai yang korang beli nanti. Dari isi sampai ke kulit boleh makan.
Kulit tembikai ni lagi lembut lepas di masak. Boleh masak apa cara yang korang suka. Tapi untuk kali ni kita try masak tumis je. Resepi simple tapi sangat membuka selera. Sesuai buat lauk makan tengahari dan makan malam.
RESEPI SAYUR AIR KULIT TEMBIKAI
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan sayur air kulit tembikai ni. Step memasaknya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Beberapa hirisan kukit tembikai (buang lapisan hijau tu, lepas tu potong menyerong)
- Sedikit daun kesom*
- Segenggam ikan bilis*
- 1 biji bawang merah*
- 5 ulas bawang putih*
- 1 sb lada hitam*
CARA PENYEDIAAN SAYUR AIR KULIT TEMBIKAI :
▶️ Bahan-bahan bertanda di atas di tumbuk sampai separuh lumat.
▶️ Kemudian, didihkan air. Jangan banyak sangat. Agak-agak muat untuk sayur tembikai ni.
▶️ Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tu dan kacau sebati.
▶️ Masukkan kulit tembikai tu, perasakan dengan garam dan aji.
▶️ Biarkan mendidih dan tutup api.
▶️ Last sekali, masukkan daun kesom.
▶️ Sedia untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Cucur Ikan Bilis Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam. Confirm Sedap!
Dah siap pun! Tak lama pun nak masak sayur ni. Pastikan buang kulit hijau yang keras tu ye. Yang hijau tu tak boleh makan. Kita ambil kulit putih tu je. Nak lagi sedap, jangan potong nipis sangat kulit tu.
Mesti ramai yang tak tahu kan. Family aku dah buat sayur kulit tembikai ni dari dulu lagi. Baru ni je aku nampak orang share kat Facebook. Ingatkan ramai je yang tahu, kulit tembikai ni boleh buat sayur.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Che Azawimie Che Zahari kerana sudi berkongsi resepi sayur air kulit tembikai ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mancuba!