Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Apple Crumble Yang Marvellous. Rasa Crumble Macam Vanilla Cookies!

0 113

Siapa pernah makan apple crumble? Sedap kan! Rasa dia macam vanila cookies. Sesuai sangat dijadikan dessert. Yang tak pernah cuba buat apple crumble ni try la buat kat rumah nanti. Follow je resepi apple crumble ni kat sini. 

Sambil layan tiktok boleh makan dessert ni. Dibuat menggunakan apple hijau. Di potong dadu dan di sebatikan dengan beberapa bahan yang lain. Kemudian, apple crumble ni di bakar dan di makan bersama ais krim. Fuhhh! Memang sedap weh! 

Kalau korang tak suka apple, korang boleh je gantikan dengan strawberry ke, buah peach dalam tin tu ke. Terpulang ikut citarasa masing-masing. Apple crumble ni tak susah mana pun nak buat. Malam-malam nak makan dessert boleh je buat menu ni. 

Resepi apple crumble ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nor Atika Nazirah. Katanya texture crumble yang dibuat ni tak berapa nak jadi. Butter macam lembut sangat. Butter yang betul kena keras sedikit. 

Walaupun butter tak menjadi dan jadi lembut, tapi rasa crumble ni dah sedap sangat. Lagi-lagi bila dah letak ais krim. Terus rasa macam tengah makan vanila cookies. Kalau ada free nanti boleh la buat dessert ni kat rumah. Marvellous! 

RESEPI APPLE CRUMBLE 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan apple crumble ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti di bawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Garam 1 tsp
  • 110g Butter
  • 110g gula castor
  • 110g tepung gandum
  • 4 biji epal hijau yang besar-besar sikit
  • 110g gula (untuk buat crumble)
  • 700ml (untuk buat inti)
  • 1/2 tsp cinnamon powder

CARA PENYEDIAAN APPLE CRUMBLE : 

▶️ First sekali, kupas kulit epal hijau. Kemudian, potong-potong dadu. Lepas tu masukkan air 700ml bersama gula dan juga cinnamon powder. Kacau-kacau sehingga inti menjadi pekat coklat. Siap!

▶️ Untuk crumble, satukan butter yang tengah sejuk, gula, tepung & garam.

▶️ Gaul-gaul kesemuanya menjadi seperti serbuk.

▶️ Kemudian, boleh tabur crumble di atas inti yang kita masak tadi.

▶️ Bakar suhu 180 selama 30 minit. Sehingga keperangan crumble tu. Siap dah!

▶️ Sedap giler makan dgn ice cream vanilla.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Daging Masak Merah Ala Thai. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Dah siap untuk dihidang! Kalah makan dessert kat cafe mahal. Lepas ni kalau nampak buah apple kat peti tak jalan-jalan, takde yang makan. Korang buat la dessert ni. Confirm apple tak busuk dalam peti lagi. 

Penggemar dessert dah boleh tambah lagi satu resepi dessert untuk korang cuba kat rumah. Dessert ni nak hidang bila ada majlis pun boleh. Mesti ada yang bertambah dibuatnya. Dessert mewah la katakan. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nor Atika Nazirah kerana sudi berkongsi resepi apple crumble yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open