Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Rendang Kacang Panjang Yang Lain Dari Yang Lain. Memang Sedap Sangat. Rugi Tak Cuba!

0 993

Ada yang favourite dengan sayur kacang panjang ke? Jom hari ni kita masak rendang kacang panjang. Resepi ni lain dari yang lain. Tapi hasilnya sangatlah sedap. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya. Tak perlu tunggu raya, sayur ni boleh dihidang bila-bila masa sahaja.

Biasanya masak rendang ni akan menggunakan ayam atau daging. Tapi jarang jumpa makan rendang kacang panjang. Memang susah nak jumpa lah. Kat kedai makan yang jual lauk campur pun tak pernah jumpa lauk rendang sayur kacang panjang ni.

Selain daripada sayur kacang panjang. Korang juga boleh campurkan pedal, hati dan isi ayam di dalamaya. Nak ayam saja pun boleh. Mungkin ada sesetengah orang yang tak makan pedal dan hati kan. Tapi dua part dalam badan ayam ni, banyak manfaatnya tau!

Resepi rendang kacang panjang ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Noratiqah Nordin. Ada macam-macam lagi resepi menarik yang beliau kongsikan di wall Facebook milik beliau. Setiap resepi yang beliau share akan di sertakan dengan link resepi-resepi yang sebelumnya.

Seronok masuk kat wall Facebook Cik Puan Noratiqah Nordin ni. Senang nak cari resepi yang korang nak cuba. Okey, mesti ada yang dah tak sabar nak masak rendang kacang panjang ni kan. Bosan juga asyik masak tumis biasa je. Kali ni kita masak ala-ala hidangan raya pula. 

 

RESEPI RENDANG KACANG PANJANG

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat semua bahan-bahan yang di perlukan dalam penyediaan lauk rendang sayur kacang panjang kita hari ni. Makan macam tu je dengan nasi pun dah cukup sedap. Sebab kat dalam sayur tu dah ada isi ayam, pedal dan hati.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Pedal, hati, isi ayam sikit (nak ayam saja pun boleh)
  • Kacang panjang
  • Cili padi
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 serai
  • Seinci lengkuas
  • Seinci halia
  • 1 asam keping
  • 1 kotak santan
  • Serbuk kunyit (optional)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 4 helai daun kunyit (dihiris nipis)
  • Minyak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN RENDANG KACANG PANJANG :

▶️ Kisar semua bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan cili padi.

▶️ Tumiskan bahan yang kita kisar tadi.

▶️ Bila dah cukup masak bahan tumis. Boleh masukkan hati, pedal dan ayam.

▶️ Masukkan asam keping.

▶️ Masukkan santan.

▶️ Bila dah naik minyak. Masukkan kacang panjang.

▶️ Masukkan pula daun kunyit yang dihiris.

▶️ Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Sambal Belacan Guna 3 Bahan Yang Paling Power. Confirm Tambah Nasi Dibuatnya!

 

Resepi ni maman lain dari yang lain. Korang suka rendang yang pedas ke? Kalau suka pedas, korang boleh adjust penggunaan cili padi dalam resepi ni. Nak sikit atau banyak ikut selera masing-masing. Lauk ni sesuai sangat di hidang untuk makan malam dan lauk tengahari tau.

Simple dan tak renyah cara penyediaannya. Yang penting korang ikut je sebijik-sebijik resepi nya di sini. Confirm menjadi! Serbuk kunyit tu optional. Korang tak nak letak pun takpe. Bila letak, warna rendang kita akan kekuningan sedikit. Terpulang ikut cita rasa masing-masing.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Noratiqah Nordin kerana sudi berkongsi resepi rendang kacang panjang ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa share kat kawan-kawan dan family. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open