Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Bihun Cakar Madu Untuk Anak-Anak. Rasa Rangup Dan Manis-Manis Buah Gitu!
Best juga kalau dapat buat bihun cakar madu ni untuk anak-anak. Mesti diaorang suka. Bihun cakar madu ni lebih kurang sama macam cakar ayam. Bezanya cakar ayam menggunakan ubi keledek, sebaliknya kuih ni menggunakan bihun.
Biasanya kuih ni dihidang di majlis kenduri kendara di kampung. Teksturnya rangup dan mempunyai rasa manis-manis buah. Pasti ramai yang suka dengan kuih ni. Korang boleh simpan di tempat kedap udara. So, kuih akan tahan lama.
Ada yang kata, bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan bihun cakar madu ni sikit je. Tapi cara penyediaannya agak renyah. Kalau mak-mak nak sediakan untuk anak-anak, apa salahnya buat sendiri kat rumah kan.
Kuih ni juga biasanya kita akan jumpa di jual di kedai-kedai yang menjual kerepek. Tertanya-tanya juga macam mana orang buat kuih ni. Rasa nak try buat sendiri pula. Esok-esok bolehlah share kat anak cucu. Takde lah kuih-kuih orang Melayu kita ni lapuk dek zaman.
Macam mana nak buat kuih ni? Ha, korang follow je resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Ida Zaida ni. Resepi ni dah viral 2.4k share dan 2k like tau! Memang ramai yang share. Ada yang jual RM15 sebekas. Buat sendiri lagi puas hati. Nak buat untuk hidangan tetamu raya haji ni pun boleh.
RESEPI BIHUN CAKAR MADU
Semua mesti nak tahu macam mana kuih ni dibuat kan? Okey jom kita lihat satu persatu bahan-bahannya dulu. Kalau dah lengkap semua bahan. Bolehlah follow step by step cara penyediaannya kat bawah ni. Hujung-hujung minggu ni, boleh sangat kalau nak buat.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 cawan air
- 1 cawan gula
- 1 plastik bihun
- 1 tutup pewarna
CARA PENYEDIAAN BIHUN CAKAR MADU :
▶️ Masukkan air dan gula dalam kuali. Kacau sampai air gula menggelegak.
▶️ Masukkan pewarna pilihan. Kacau sekejap agak-agak warna dah sebati, masukkan bihun.
▶️ Kacau lagi sampai warna dan bihun bersalut rata.
▶️ Bila dah bersalut elok, boleh angkat letak dalam dulang atau apa-apa bekas.
▶️ Panaskan minyak dalam 1kg. Bila minyak dah panas, ambil sedikit bihun dan goreng sekejap dan masukkan dalam apa-apa bekas.
▶️ Masukkan dalam gelas plastik dan tekap. Part menekap ni kena cepat-cepat sebab dia tak kan melekat kalau dah sejuk.
▶️ Siap! Boleh masukkan dalam bekas kedap udara.
BACA JUGA : Resepi Rendang Kacang Panjang Yang Lain Dari Yang Lain. Memang Sedap Sangat. Rugi Tak Cuba!
Rasa seronok juga buat kuih ni. Macam tengah main masak-masak gitu. Kalau tak berapa jelas macam mana kuih ni di bentuk, korang boleh klik link nama Cik Puan Ida Zaida di atas dan masuk ke link video cara buat kuih ni. Mudah je sebenarnya! Cuma kena sabar sikit.
Kuih-kuih macam ni seronok buat reramai. Sorang goreng bihun, sorang lagi tekap kat cawan. Takde lah kelam kabut nak goreng bihun dan menekap nanti. Kalau bedua ni lebih cepat. Sebab proses nak bentukkan kuih ni kena cepat. Kalau tak bihun tak akan melekat bila dah sejuk.
Menarikkan cara penyediaan kuih ni. Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Ida Zaida kerana sudi berkongsi resepi bihun cakar madu ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Save resepi siap-siap. Bila-bila nak buat, boleh rujuk kat resepi ni. Selamat mencuba!