Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Beko Nyor Bakar Dalam Oven. Resepi Kuih Tradisi Pantai Timur!

Kuih beko nyor
0 5,306

Siapa pernah makan beko nyor ni? Itu nama dalam dialek Pantai Timur. Dan memang kuih ni biasanya dapat jumpa dekat Kelantan dan Terenganu sahaja. Jarang-jarang nak jumpa di tempat lain.

Kalau di kampung, kelapa kan mudah nak dapat. Sampai kadang-kadang takt ahu nak buat apa dengan kelapa yang ada. Selain digunakan sebagai santan, kelapa parut juga sedap dibuat kuih macam ni.

Kuih lama-lama zaman atuk dan nenek kita ni memang ramai yang suka. Walaupun jarang kita jumpa kan tapi bila makan boleh repeat lagi. Tak muak dan cukup rasa manisnya. Untung juga bila ada yang kongsikan resepi nak buat kuih ni.

Perkongsian daripada Cik Puan Nor Azliza Mohamed ni serious mudah nak faham dan mudah nak ikut. Bahan-bahan of course lah yang simple je tapi dapat hasilkan satu makan yang super sedap.

Jom saya kongsikan resepi  beko nyor ni step by step supaya korang boleh follow dan apa bahan yang digunakan. Boleh ajak anak-anak buat sekali sebab ianya sangat-sangat mudah. Sekali buat confirm menjadi.

 

RESEPI KUIH BEKO NYIOR

Bagi nama lain untuk beko nyior ni adalah bingka kelapa. Jadi untuk orang yang luar Pantai Timur ni kenal dengan nama bingka kelapa. Cuma tak semua orang tahu cara nak buat bingka kelapa.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 3 cawan kelapa parut
  • 2 cawan tepung pulut
  • ½ cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air atau secukupnya
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak masak ( untuk sapuan pada acuan)

CARA PENYEDIAAN BEKO NYIOR :

▶ Mula-mula sekali, campurkan je semua bahan kecuali minyak. Kacau sebati semua bancuhan.

▶ Adunan dah sebati, masukkan air sedikit demi sedikit.

▶ Pastikan bancuhan tak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

BACA JUGA: Cara Buat Tomyam Ala Thai Sebijik Macam Kedai. Tanpa Dua Bahan Ni Memang Failed!

▶ Waktu ni dah boleh panaskan oven. Oles acuan dengan minyak masak.

▶ Sudukan adunan ke dalam loyang.

▶ Bakar sampai bertukar keperangan lebih kurang dalam 20 – 25 minit dengan suhu 200’c

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Kuih beko nyior ni makan waktu dia masih suam memang sedap! Tekstur dia masih lembut waktu ni. Tak sempat sejuk pun dah habis licin jadinya.

Bila tengok step yang dikongsikan dekat atas ni nampak mudah sangat nak hasilkan kuih beko nyior ni. Silap haribulan bukan untuk minum petang je, nak buat untuk makan pagi pun berselera.

Semoga perkongsian kali ni dapat membantu korang yang belajar buat beko nyor ni. Dan jangan lupa sharekan di wall facebook masing-masing supaya ramai lagi yang dapat manfaat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open