Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Tomyam Ala Thai Sebijik Macam Kedai. Tanpa Dua Bahan Ni Memang Failed!

Tomyam Thai super sedap
0 3,128

Perasan tak kalau kita makan Tomyam Siam rasa dia lain berbanding tomyam Malaysia? Sebab tu kalau nak makan tomyam akan cari kedai ala Thai. Sebab confirm rasa sedap dan padu!

Memang tak dapat nak nafikan yang Tomyam pun berasal dari Negara Thailand. Sebab tu lah rasa tomyam sana lebih sedap dan ada kelainan berbanding kita.

Tapi sekarang ni dah ramai mak-mak Malaysia yang dah pandai buat tomyam yang padu malah lebih sedap dari kedai. Kemudian kongsikan pula resepi yang sedap ni kepada orang lain. Jadi berterusan ilmu masakan ni disampaikan. Sedar tak sedar dah jadi saham akhirat. Hehe.

Okay, dalam perkongsian kali ni seorang sahabat facebook kita iaitu Cik Puan Yuss Aisya ni betul-betul suka makan tomyam. Jadi, bila dah tahu cara nak dapatkan rasa tomyam macam kedai Thai tu, dia kongsikan dengan kita semua.

Resepi asal ni, beliau dapatkan sebab belajar dengan orang Siam sendiri yang menjalankan perniagaan kedai makan. Boleh lah cuba buat kalau ada semua barangnya dekat rumah. Simple dan sedap.

 

RESEPI TOMYAM THAI PADU

Nak buat tomyam seafood, tomyam ayam, tomyam sayur itu terpulang kepada kita. Jika seafood lebih sedap kerana air dari binatang yang kita gunakan tu bercampur rasa.

Dua bahan paling penting yang sedapkan tomyam kita adalah akar ketumbar dan juga lengkuas. Tanpa dua bahan ni, memang failed!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 biji bawang holland
  • 6 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • 2 kuntum bunga kantan
  • Beberapa hiris lengkuas
  • 5 biji limau Kasturi
  • 2 biji cili padi
  • Daun ketumbar
  • Sedikit Sawi
  • Sedikit isi ayam
  • Crab stick ( jika suka )
  • Pes tomyam
  • 1 @ 2 senduk Susu cair @ santan
  • Udang

CARA PENYEDIAAN TOMYAM THAILAND PADU :

▶ Mula-mula masukkan semua bahan kecuali udang/ sotong dan juga susu cair. Ikut kuantiti kuah yang kita suka. Ayam pun masukkan terus bersama.

▶ Renihkan sampai mendidih dan pastikan semua masak sempurna.

▶ Bila dah mendidih, dah sebati semua bahan masukkan binatang seperti sotong dan udang.

BACA JUGA: Cara Buat Sotong Masak Kam Heong. Tapi Guna Serbuk Kari Ikan Untuk Lebih Sedap!

▶ Semua dah masak, padamkan api. Baru lah masukkan susu cair atau santan. Pastikan dah padam api tau.

▶ Kacau supaya sebati. Perasakan dengan garam jika perlu.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Fuuh! Dah siap tomyam ala Thai ni memang layan betul makan dengan nasi panas-panas. Hidangkan sekali dengan telur dadar dan juga sayur kalian ikan masin. Memang terangkat tau!

Yang mana baru tau macam ni cara nak buat tomyam ala Thai yang macam dekat kedai tu, boleh lah cuba buat dan hidangkan kepada family. Confirm mereka suka.

Selamat mencuba semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open