Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Nasi Ayam Penyet Yang Sedap Dan Marvellous! Resepi Ringkas Dengan Sambal Padu!
Bila tekak rasa nak makan nasi yang ada sambal pedas, nasi ayam penyet yang mesti menjadi pilihan. Dengan nasi panas, sambal pedas, ayam goreng rangup semua jadi lengkap dalam satu hidangan.
Nak makan ayam penyet ni, kena kosongkan perut tau sebab satu hidangan ayam penyet ni memang boleh buat kita kenyang sepanjang hari. Kalau sebelum ni, nak makan ayam penyet ni beli je dekat kedai kan.
Tapi sekarang ni dah pandai buat sendiri. Buat banyak untuk hidangan satu family. Kenyang pun kenyang dan rasa puas hati dapat sediakan nasi ayam penyet yang terbaik.
Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Jida Jat kita ni macam senang nak follow. Step by step dan lengkap dengan bahan -bahan yang digunakan pun mudah nak dapat. Jom saya kongsikan.
RESEPI NASI AYAM PENYET
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
BAHAN SAMBAL PENYET
- 1 biji Bawang Besar
- 3 ulas Bawang Putih
- 4 biji Cabai Merah
- 20 biji Cabai Melaka Hijau
- 3 biji Tomato
- Sedikit Belacan ( boleh juga gantikan dengan ikan bilis)
CARA PENYEDIAAN SAMBAL PENYET :
▶ Mula-mula goreng bahan-bahan sambal penyet.
▶ Goreng sampai layu. Toskan seketika.
▶ Kemudian, boleh kisar atau tumbuk semua bahan.
▶ Perasakan dengan garam, gula dan juga serbuk perasa.
Siap dan sedia dihidangkan!
Bila nasi dah masak, sambal pun dah selesai dibuat. Ini masa kita siapkan ayam goreng penyet pulak. Ayam goreng ni wajib ada habuk keriuk keriuk rangup dia tu. Baru layanz!
BAHAN AYAM GORENG PENYET
- ¼ bahagian ayam
- 4 sudu Tepung Gandum
- 4 sudu Tepung Jagung
- Kunyit sikit
- Rempah Kari Daging Sikit
- Serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG PENYET :
▶ Basuh bersih ayam, dan potong kepada 4 bahagian.
▶ Gaulkan semua bahan-bahan dan bancuhkan dengan air
▶ Jadikan sebagai tepung goreng rangup
▶ Celup ayam, dan goreng dalam minyak panas.
BACA JUGA: Pelbagai Masakan Sotong Yang Sedap Dan Padu! Tip Dan Rahsia Masak Sotong Kekal Lembut!
TIP :
▶ Rebus dulu ayam, sebelum digorengkan.
▶ Goreng dengan api yang perlahan
▶ Lebihkan tepung dalam kuali untuk dapatkan hasil serbuk rangup.
BAHAN SUP AYAM
▶ Untuk buat sup, hanya gunakan air rebusan ayam tadi. Masukkan sup bunjut, garam dan sebuk perasa. Nak hiding, masukkan bawang goreng dan daun sup serta daun bawang.
CARA HIDANGAN NASI AYAM PENYET :
- Nasi putih
- Ayam Goreng Garing
- Sambal penyet
- Timun
- Tempe digoreng
- Kacang Panjang
- Salad / Kobis yang diracik
- Sup
▶ Sediakan dalam satu pinggan dan sedia untuk dihidangkan! Hidangkan waktu makan tengah hari, dan sediakan macam dekat kedai.
Puas hati betul bila kita dapat makan nasi ayam penyet buatan sendiri, paling best bila kita buat ramai yang suka.
Kepada korang yang suka makan nasi ayam penyet, boleh follow je resepi nasi ayam penyet ni. Mudah nak buat dan sedap betul rasanya!
Jangan lupa share dulu dekat facebook masing-masing ya. Senang nanti nak tengok balik bila nak buat, dan moga-moga dapat memberikan manfaat kepada orang lain juga.
Saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!