Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Akok Pandan Kedut Homemade Yang Paling Sedap. Rasa Lemak Manis Di Mulut!

0 133

Sebut je pasal kuih akok, siapa yang tak kenal dengan kuih tradisional yang famous kat Kelantan dan Terengganu ni kan. Ni dia resepi akok pandan kedut homemade. Rasa lemak manis kat mulut.

Kuih akok ni boleh dibuat pelbagai rasa. Untuk versi yang ori, akok ni menggunakan nisan. Tapi dah di pelbagaikan rasanya seperti akok pandan, akok kurma dan macam-macam lagi.

Kuih ni sedap di makan panas-panas. Rasanya manis dan berlemak. Kat pantai timur, kuih ni biasa di jual untuk sarapan pagi dan minum petang. Ramai ye penggemar kuih ni. Sama macam aku, jumpa je kuih ni confirm nak beli.

Resepi akok pandan kedut ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Farisha Sofea. Kita follow versi pandan ni. Bau dia wangi dan sedap sangat. Daun pandan ni kan beraroma.

Dulu selalu beli je kuih ni. Dapat resepi mudah nak buat akok homemade ni. Terus plan nak buat kat rumah je. Guna pemanggang ajaib atau pembakar pancake tu pun boleh. Tak payah guna acuan bagai.

RESEPI AKOK PANDAN KEDUT HOMEMADE 

Resepi dah ada. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan akok pandan kedut ni. Boleh la korang try kat rumah nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 4 helai daun pandan
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan gula halus (boleh lebih / kurangkan)
  • 5 biji telur (guna gred AA)
  • 1/2 sk garam halus

CARA PENYEDIAAN AKOK PANDAN KEDUT HOMEMADE : 

▶️ Kisar dahulu daun pandan bersama secawan air dan tapiskan.

▶️ Kemudian, masukkan ke semua bahan yang lain termasuk air tapisan daun pandan tadi ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.

▶️ Panaskan oven bersama acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak.

▶️ Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180°C selama 40 minit bergantung kepada oven masing masing.

▶️ Kuih akok akan menggelembung seperti belon ketika dimasak dan akan mengecut dan berkedut apabila dikeluarkan.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Siakap Cili Padi Daun Limau Purut. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Untuk yang tak pernah makan kuih ni. Tekstur kuih ni lembut dan sedikit bersarang. Sesuai juga dihidang untuk anak-anak dan golongan tua. Makan kuih ni tak cukup sebijik ye. Confirm licin pinggan dibuatnya.

Orang dulu-dulu buat kuih akok ni bakar guna sabut kelapa. Tapi zaman sekarang dah boleh bakar guna oven atau guna pemanggang ajaib je. Dah modern ye, tak payah nak buat api bagai. Jimat masa & tenaga.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Farisha Sofea kerana sudi berkongsi resepi akok pandan kedut homemade ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open