Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Popia Ketam Salju Yang Garing Dan Sedap. Padu Isinya, Sekejap Je Habis Makan Waktu Petang!

0 3,809

Resepi popia ketam salju ini merupakan sejenis kudapan yang sangat sedap dimakan petang-petang. Ianya seakan Vietnam roll juga, tetapi menggunakan kulit popia dan digoreng garing.

Di Vietnam ia dipanggil sebagai crab srping yang mana bahagian dalamnya menggunakan isi ketam atau jejari ketam yang anda boleh dapati dimana-mana pasaraya. Isi ketam akan direbus terlebih dahulu sebelum digaul bersama mayonis.

Sangat mudah dan simple cara penyediaannya. Isi ketam akan diperah dengan sedikit lemon untuk menghilangkan bau hanyir pada isi ketam tersebut. Disamping itu, rasa intinya juga sedikit masam dan stabil dengan campuran mayonis dan bahan lain.

Resepi popia ketam salju ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Masliana Ibrahim. Menurut beliau resepi ini telah diperolehnya 20 tahun dulu semasa belajar di Nebraska dari seorang sahabat berasal dari Vietnam.

Musim PKP macam ni anak-anak pun boleh layan resepi ni. Seronok tengok mereka makan. Maklumlah duduk rumah ni asyik lapar je. Ianya juga boleh difrozenkan dan boleh digoreng bila-bila masa. Garing luarnya dan padu dalamnya!

 

RESEPI POPIA KETAM SALJU

Kulit popia boleh dimasak pelbagai. Dijadikan samosa, popia yang dipelbagai isinya, kuih raya seperti batang buruk dan macam-macam lagi. Tapi kali ini anda boleh mencubanya dengan menggunakan jejari ketam yang digaul bersama mayonis.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 peket isi ketam
  • 3-4 sudu besar mayonis
  • 3 pokok daun ketumbar
  • Kulit popia saiz besar
  • Sehiris lemon
  • Secubit garam
  • 1 botol sos masam manis/ sis cili Thai
  • Semangkuk air atau putih telur untuk gam popia

CARA PENYEDIAAN POPIA KETAM SALJU :

▶️ Rebus isi ketam sampai masak. Angkat dan tapis buang air rebusan.

▶️ Bila kering sikit lenyekkan isi ketam sampai separa hancur. Kalau suka isi hancur boleh lenyek sampai hancur je.

▶️ Perah lemon untuk hilang hanyir isi ketam.

▶️ Gaul dengan mayonis, daun ketumbar yang dipotong halus dan perasakan dengan garam secukupnya.

▶️ Ambil 1-2 sudu dan bungkus elok macam buat popia. Gamkan tepi popia dengan air atau putih telur.

▶️ Panaskan minyak dengan api perlahan sebelum goreng. Part ni sangat kena berhati hati untuk dapatkan gorengan yang cantik.

▶️ Siap untuk dihidang untuk seisi keluarga!

 

BACA JUGA: Resepi Spaghetti Tomyam Goreng Carbonara Yammiss. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

 

Tips masa nak goreng tu perlu berhati-hati. Pastikan api tidak terlalu kuat nanti kulit popia tak cantik. Jika api kuat ia boleh rosakkan popia ketam ni seperti pecah terburai isi dalamnya.

Sekali cuba pasti nak lagi. Nak makan cicah dengan sos cili thai pun sedap sangat. Lebih mudah dan sedap dari kita beli diluar. Nak buat banyak mana pun boleh. Kos yang digunakan juga tidak tinggi.

Lepas ni nak buat popia goreng, apa kata cuba resepi popia ketam salju ini. Anak-anak pasti seronok. Semoga resepi ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open