Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Tumis Kentang Bengkulu Yang Mudah. Ratah Makan Macam Tu Pun Sedap!

0 1,364

Resepi tumis kentang bengkulu merupakan cara memasak budaya indonesia. Bengkulu adalah sebuah provinsi Indonesia yang terletak di pantai barat daya Pulau Sumatera. Cara menumis kentang bengkulu ini sangatlah mudah.

Resepi ini menggunakan kentang yang akan dimasak pedas bersama ikan bilis dan juga sedikit santan. Kentang bengkulu ini juga sedap dimakan pedas-pedas. Tapi jika dihidangkan buat anak-anak, anda boleh mengurangkan penggunaan cili.

Rasanya yang pedas sudah tentu memikat selera kita. Ianya juga enak bila diratah begitu saja selain dimakan bersama nasi. Sesetengah orang yang tidak tahu resepi ini mungkin akan memasak kentang dengan pelbagai resepi yang sedia ada.

Apa kata anda mencuba resepi tumis kentang bengkulu yang dikonsgsikan oleh Cik Puan Hana A Razak ini. Sekali anda mencubanya, pasti anda nak lagi. Ianya merupakan hidangan yang simple tapi amat menyelerakan.

Kentang boleh dimasak dengan pelbagai cara. Dan masing-masing resepi ada keenakannya yang tersendiri. Tapi sekali sekala kita mencuba resepi budaya luar apa salahnya kan. Manalah tahu sesuai dengan dekak kita.

 

RESEPI TUMIS KENTANG BENGKULU

Bahan-bahan memasak yang digunakan mudah diperolehi. Kepada yang baru nak mencuba resepi ini, jom kita tengok bagaimana cara penyediaannya.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 4 biji kentang (hiris panjang)
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • Cili merah
  • Cili padi (pilihan)
  • Air
  • Santan
  • Garam

CARA PENYEDIAAN KENTANG BENGKULU :

▶️ Mula-mula tumiskan bawang sehingga sedang-sedang garing.

▶️ Masukkan ikan bilis, biarkan ikan bilis sedikit garing.

▶️ Setelah kelihatan bahan tumisan garing, masukkan kentang yang telah dipotong memanjang.

▶️ Kemudian, masukkan air. Biarkan kentang sampai masak empuk dan elok.

▶️ Bila kentang dah empuk, baru masukkan sedikit santan dan gaul bagi rata.

▶️ Masukkan cili, cili padi tu nak pedas tambah lagi.

▶️ Masukkan garam secukupnya dan gaul rata. Siap!

 

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Apam Nasi Gebu Dan Terlajak Sedap. Cuma Guna Blander Dan Sukatan Cawan Pasti Menjadi!

 

Seriously, memang mudah sangat! Rugi tak cuba. Mesti kentang tu lembut dan sedikit lemak disebabkan penggunaan santan kan. Kalau tak nak pedas hiriskan cili merah je untuk naikkan seri. Nampaklah cantik sikit hidangan kita tu.

Mesti ada yang tak sabar nak cuba resepi ni kan. Untuk perempuan yang kurang gemar nak makan nasi malam-malam, anda boleh cuba resepi ni dan ratah macam tu je. Dapatlah tekak ni merasa menu baru kan.

Ok lah, resepi pun dah ada. Kepada yang ingin mencuba resepi ini, anda dialu-alukan mencubanya. Semoga resepi tumis kentang bengkulu ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open