Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Siakap Cili Padi Daun Limau Purut. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 72

Ikan siakap ni sedap di masak steam. Tapi kali ni aku nak tukar resepi lain pulak, nak try resepi siakap cili padi daun limau purut ni. Nampak sedap ye! Ikan garing dan padu dilumur cili padi. 

Hidangan ni sesuai sangat dijadikan menu makan malam. Kalau makan kat kedai dah tentu-tentu mahal. Nasib-nasib je dapat yang sedap. Kalau tak sedap mesti rasa rugi nak bayar mahal-mahal kan. 

Dah bosan rasanya nak masak siakap steam dan masak siakap 3 rasa. Memandangkan aku terjumpa resepi baru ni, terus aku plan nak buat menu hidangan makan malam kami sekeluarga hari ni. 

Resepi siakap cili padi daun limau purut ni telah dikongsikan oleh sekarang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Kunije Tnije. Sangat sedap dan menyelerakan. Sekali cuba pasti korang nak lagi. 

Ikan ni kena goreng ye, bukan masak steam. Tekstur ikan pun garing. Kalau dapat ikan siakap fresh lagi syok nak makan. Isi ikan manis je. Licin sampai ketulang time kita makan nanti. 

SIAKAP CILI PADI DAUN LIMAU PURUT

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan lauk ni. Step penyediaannya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Ikan siakap seekor
  • Daun limau purut
  • Cili padi merah dan hijau segenggam (nak pedas tambah lagi)
  • Serai mayang halus
  • Bawang hollnd (dihiris bulat)
  • Bawang putih
  • Bawang merah 5 ulas
  • Halia seinci
  • Palm sugar
  • Nampla
  • Limau nipis
  • Daun ketumbar

CARA PENYEDIAAN SIAKAP CILI PADI DAUN LIMAU PURUT : 

▶️ Blend halia, bawang merah, bawang putih dan cili padi.

▶️ Tumis hingga pecah minyak

▶️ Masukkan nampla, sugar palm dan bawang holland.

▶️ Masukkan pulak daun limau purut dah air. Masukkan air jika kering.

▶️ Tutup api baru masukkan daun ketumbar.

▶️ Goreng ikan biar garing.

▶️ Last perah asam limau. Siap hidangkan.

 

BACA JUGA : Resepi Pati Air Fanta Hijau Homemade. Sedap Giler Minum Sejuk-Sejuk!

 

Dah siap pun lauk siakap cili padi daun limau purut kita ni. Sedap weh! Jangan lupa perah asam limau sekali ye. Baru syok nak makan. Rasa pedas, masam semua lengkap kat lauk ni. 

Kat tempat aku kerap hujan waktu petang. Tiap hujan je perut aku dah mula lapar. Mak-mak yang dah buntuh idea nak masak lauk apa, boleh la try resepi ni kat rumah. Confirm korang suka. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Kunije Tnije kerana sudi berkongsi resepi siakap cili padi daun limau purut ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open