Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Biskut Almond London Yang Rangup Dan Gebu. Cair Dimulut Bila Dikunyah!

0 3,022

Resepi biskut almond london ni sangat femous dihidang bila menjelang hari raya. Harganya juga sedikit mahal berbanding dengan kuih raya yang lain. Kerana ianya disalut dengan coklat dan mempunyai kacang badam didalamnya.

Ianya mempunyai bentuk fizikal yang mewah, rasa yang manis, rangup, gebu dan cair bila dikunyah. Menyebabkan ramai yang tertarik kepada biskut ini. Walaupun harganya mahal tetapi pasti saja laku keras dijual.

Tak lengkaplah raya kita bila salah satu biskut raya yang menjadi kegemran ramai ini tidak terhidang diatas meja. Bukan setakat kanak-kanak yang gemar, orang dewasa juga turut gemar dengan biskut mewah ini.

Walaupun sambutan raya tahun ini tidak sama dengan raya tahun sebelumnya, tidak salah jika kita meriahkan suasana hari raya kita dengan mencuba resepi biskut almond london yang dikongsikan oleh Encik Saiful Nasuha melalui laman facebooknya.

Usah bersedih terlalu lama, kita kena terima semuanya dengan tenang. Yang penting kita berdoa agar negara kita cepat bebas dari covid-19 dan kita dapat lagi berkumpul bersama keluarga dihari raya akan datang.

 

RESEPI BISKUT ALMOND LONDON

Ok, tak nak lah baca blog ni sambil sedih kan. Nanti tak jadi pula almond London kita. Jom kita lihat bahan yang digunakan dalam resepi ini. Ianya dikatakan cuma perlu menggunakan sukatan cawan sahaja. Wow! lebih mudah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 3 cwn Tepung gandum
  • 1 cwn Tepung jagung
  • 2sdb Tepung beras
  • 1 buku Butter (250g)
  • 1 cwn Gula castor
  • 1sdb Baking powder
  • 1 cwn Cornflakes (dikisar halus)
  • 1/2 cwn Serbuk badam
  • 5 sdb Susu tepung
  • 1 penutup Esen vanilla
  • 4sdb Minyak masak
  • 1 biji Telur kuning
  • 250g Almond/ 1 bungkus (dibakar dahulu)
  • 2sdb Shortening
  • Hiasan almond nibs (dibakar dahulu)
  • 600g Milk choc coins Beryls
  • Paper cup

CARA PENYEDIAAN ALMOND LONDON :

▶️ Campurkan butter, telur kuning, esen, gula castor dan kacau sebati

▶️ Masukkan cornflakes yang dikisar halus, serbuk badam dan susu tepung. Kacau sebati.

▶️ Masukkan tepung jagung dan baking powder.

▶️ Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil gaul.

▶️ Masukkan minyak. Gaul sebati.

▶️ Bentukkan bujur dan masukkan almond didalamnya. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit.

Cara penyediaan salutan coklat :

▶️ Double boil chocolate  bersama shortening.

▶️ Celup biskut tadi ketika coklat yang masih panas.

▶️ Masukkan ke dalam paper cup.

▶️ Taburkan almond nibs diatasnya.

▶️ Masukkan dalam chiller dalam  15 minit sebelum simpan ke dalam bekas.

 

BACA JUGA: Kali Ini Resepi Sotong Masak Kari Pekat Tanpa Santan Yang Marvellous. Anda Wajib Cuba!

 

Siap untuk dimasukkan didalam balang. Tak masuk balang nanti masuk semutlah almond london kita. Semut gemar dengan manis-manis ni. Pastikan tutup rapat tau. Masa nak sejukkan dalam chiller jangan terlalu lama nanti coklat nampak berpeluh bila dikeluarkan.

Mudah je kan nak buat biskut almond london ni. Lepas ni tak perlu beli diluar lagi. Lebih jimat buat sendiri dirumah. Nak buat banyak mana pun boleh. Manalah tahu dah expert, tahun depan jadi usahawan biskut rayalah pula.

Apa-apa pun resepi biskut almond london kita dah ada. Jadi apa tunggu lagi, tak ada biskut raya kat rumah cubalah resepi istimewa ini. Semoga ianya bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open