Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ketam Sumbat Yang Mudah Dan Sedap. Nak Ratah Macam Tu Pun Boleh. Rugi Tak Cuba!

0 1,289

Siapa pernah cuba resepi ketam sumbat? Ketam sumbat adalah salah satu menu berasaskan seafood yang sangat mudah dibuat. Ketam akan disumbat dengan udang, sotong dan isi ketam itu sendiri, kemudiannya digoreng garing dengan tepung.

Ketam sumbat memang terkenal dengan keenakannya tersendiri. Ia boleh dimakan ratah begitu saja dengan cecahan sos pedas. Resepi ketam sumbat juga ada pelbagai termasuklah dengan menggunakan cheese didalamnya.

Jika anda penggemar sayur, anda juga boleh meletakkan sayur campur dalam cengkerang ketam itu. Keenakannya juga tidak kurang bila dimakan dengan nasi putih. Dengan cara penyediaannya yang mudah, sudah pasti ramai yang ingin mencubanya.

Resepi ketam sumbat ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Rohana Benjamin. Kepada yang gemar untuk mempelbagaikan menu seafood, apa kata anda mencuba resepi yang simple ini.

Rasanya yang garing mampu membuka selera anda. Biasanya nak makan ketam mesti dapat ketam yang isi tak banyak. Kali ini masak ketam dapat isi extra lagi. Ada udang, isi ketam, sotong, telur dan sayur-sayuran. Padu!

 

RESEPI KETAM SUMBAT 

Mesti ramai yang nak mencuba resepi ini kan. Memang terangkat dibuatnya. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ketam (direbus)
  • Udang (dicincang)
  • Sotong (dicincang)
  • Sebiji tomato (dicincang)
  • Bawang besar (dicincang)
  • Daun bawang (dicincang)
  • Sebiji telur
  • Isi ketam
  • Secukup rasa
  • Serbuk Lada putih
  • 2 sudu tepung gandum

CARA PENYEDIAAN KETAM SUMBAT :

▶️ Ketam dibersihkan dan rebus dalam 4-5 minit atau sehingga masak. Kemudian sejukkan.

▶️ Keluarkan isi ketam dan carik-carikkan.

▶️ Cincang sotong dan udang yang telah dibersihkan.

▶️ Cincang juga tomato, bawang besar dan daun bawang.

▶️ Dalam mangkuk lain, masukkan semua bahan yang dicincang dan campur dengan isi ketam yang dicarikkan tadi.

▶️ Pecahkan sebijik telur dan masukkan perasa secukupnya. Kemudian, masukkan pula serbuk lada putih. Kacau rata.

▶️ Seterusnya, masukkan 2 sudu tepung gandum dan gaul sebati semua bahan dalam mangkuk.

▶️ Siap inti ketam, sumbatkan saja kedalam cengkerang ketam. Dan taburkan sedikit tepung jagung diatasnya.

▶️ Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan masak ketam sampai garing.

▶️ Angkat dan toskan, Siap untuk dihidang!

 

 BACA JUGA: Cara Buat Gado-Gado Yang Mudah Dan Pastinya Sedap. Rugi Tak Cuba!

 

Wow! Mudah sangat nak masak ketam sumbat ni. Memang isi ketam padu dengan bahan-bahan yang disumbat dalamnya. Nak lagi pedas boleh cincangkan cili dan gaul sebati dengan bahan-bahan inti tadi. Tapi tergigit cili tak boleh nak kata apalah.

Tapi boleh je anda buat cecahan sos pedas dan tuang dibahagian atasnya. Cecah macam tu sambil ratah isi ketam tu rasa heaven je. Memang confrm puas hati!

Tak nak cakap panjang lagi, anda semua bolehlah mencuba resepi yang dikongsikan ini. Buat ketam sumbat homemade. Mesti serumah suka. Semoga resepi yang dikongsikan ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open