Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Pau Inti Kelapa Yang Gebu Dan Sedap. Nak Kukus Boleh, Nak Bakar Pun Boleh!
Resepi pau inti kelapa sangat popular dan disukai ramai. Ianya cukup sedap di tambah pula inti kelapa yang dimasak dengen gula. Pau merupakan kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentuk bulat serta mempunyai inti di dalamnya.
Inti pau boleh dipelbagaikan sama ada manisan, berdaging atau sayur-sayuran. Pau juga boleh dimasak dengan cara kukus, goreng, dan bakar. Setiap kaedah yang digunakan menghasilkan kuih pau yang ada keenakannya tersendiri.
Pau biasanya dijadikan menu sarapan pagi dan boleh juga dihidang panas-panas diwaktu petang. Ianya juga selalu dijual di gerai tepi jalan diwaktu pagi tidak kira waktu bekerja atau waktu cuti.
Pau sangat mengenyangkan dan sesiapa saja mampu membuatnya kerana cara penyediaannya amatlah mudah. Perkongsian resepi pau inti kelapa ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Idayu Wani melalui laman facebooknya.
Kebiasaannya, sedikit warna akan diletak diatas pau untuk menandakan jenis inti yang terdapat didalamnya. Contohnya pau inti pandan akan ditandakan dengan pewarna hijau, manakala kacang tanah pula berwarna merah.
RESEPI PAU INTI KELAPA
Teknik memasak pau yang paling popular ialah mengukus. Tradisi ini memang digunakan oleh masyarakat cina dalam penyediaan kuih ini. Tapi anda boleh memilih samaada mengukus, menggoreng ataupun membakar. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan inti kelapa :
- 1/2 Biji Kelapa
- 2 Ketul Gula Melaka
- 1 cwn Gula Pasir
- Air
Bahan adunan pau :
- 2 Cwn Tepung Gandum
- 1 sb Gula Pasir
- 1 sk Baking Powder
- 1/2 paket yis Mauripan
- 2 sb Minyak Masak
- 1 cwn Air Suam
CARA PENYEDIAAN PAU INTI KELAPA :
▶️ Satukan air, gula pasir, gula melaka dan kelapa di dalam kuali dan masak sehingga air kering. Angkat dan Sejukkan.
▶️ Satukan air suam, yis, gula dan minyak, biarkan sehingga berbuih.
▶️ Di dalam bekas lain, masukkan tepung gandum dan baking powder gaul sebati.
▶️ Setelah adunan yis berbuih masukkan ke dalam bekas berisi tepung tadi. Uli sebentar.
▶️ Setelah setengah jam proofing, tumbuk adunan dan uli lagi sehingga elastik.
▶️ Bahagi sama besar dan masukkan inti ke dalam doh yang dibahagikan. Lapik dengan cupcake paper.
▶️ Panaskan periuk kukus dengan api sederhana. Tunggu sebentar untuk proofing sekali lagi kemudian boleh kukus selama 8-10minit. Siap!
▶️ Untuk pau roti pula, bakar pada suhu 160c selama 20-25 minit api atas bawah. Siap!
BACA JUGA: Resepi Ketam Sumbat Yang Mudah Dan Sedap. Nak Ratah Macam Tu Pun Boleh. Rugi Tak Cuba!
Siap! Dengan menggunakan resepi yang sama anda boleh memilih samaada ingin membakar pau ataupun mengukusnya. Nak pelbagaikan inti pun boleh. Tapi initi kelapa ini pasti disukai anak-anak.
Pasti ramai penggemar pau inti kelapa dan pasti ramai yang tak sabar mencuba resepi ini. Kadang-kadang benda mudah pun kita malas nak buat. Jadi terapkan sikap rajin memasak barulah suami sayang.
Semoga resepi pau inti kelapa ini bermanfaat buat anda semua. Tak sempat buat sarapan pagi boleh hidang menu ni dihujung minggu buat minum petang bersama keluarga. Selamat mencuba!