Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Gado-Gado Yang Mudah Dan Pastinya Sedap. Rugi Tak Cuba!
Cara buat gado-gado amatlah mudah. Gado-gado merupakan salah satu makanan istimewa yang berasal dari negara jiran iaitu Indonisia. Ianya merupakan hidangan yang dihidang bersama kuah kacang, telur rebus, sayuran yang direbus dan juga keropok ubi.
Bahan campuran gado-gado boleh dipelbagaikan contohnya seperti tempe goreng, tauhu goreng dan macam-macam lagi. Biasanya gado-gado dimakan bersama nasi impit dan boleh juga dimakan bersama lontong.
Di Sabah pula, gado-gado memang sangat popular terutamanya di Lahad Datu dan juga Tawau. Biasanya ia dijual di pasar malam ataupun pasar hujung minggu. Ianya boleh dimasak sendiri dirumah jika anda tahu bagaimana cara penyediaannya.
Resepi gado-gado ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Rohana Benjamin. Sesetengah orang beranggapan gado-gado ini adalah pecal tetapi ianya berbeza dari segi penyediaan kuah.
Kuah gado-gado perlu dimasak terlebih dahulu, tetapi kuah pecal tidak perlu dimasak hanya perlu dibancuh dengan air panas sahaja. Gado-gado akan dimakan dengan cara mencampur semua bahan-bahan campuran dan digaul bersama kuah kacang.
RESEPI GADO GADO :
Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediaan gado-gado ini. Buat sendiri lebih puas hati tau. Dan kepada yang belum pernah mencubanya jom kita follow cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan menumis kuah kacang :
- Bawang putih
- Belacan
- Cili padi
*bahan perlu ditumbuk atau dikisar menggunakan chopper.
Bahan-bahan lain untuk kuah kacang :
- Gula merah
- Garam
- Sedikit air
- 400g Kacang tanah (dikisar)
Bahan-bahan campuran :
- Timun
- Kacang panjang
- Telur
- Tauhu
- Nasi impit
- Keropok ubi
CARA PENYEDIAAN GADO-GADO :
Cara buat bahan gado-gado :
▶️ Masak nasi impit dan potong dadu.
▶️ Rebuskan kacang panjang dan juga telur. Kemudian potong ikut kesesuaian.
▶️ Kemudian, potong dadu tauhu dan goreng.
▶️ Seterusnya, gorengkan pula keropok ubi.
▶️ Blender kacang tanah dengan menggunakan sedikit air dan kisar halus.
Cara buat kuah gado-gado :
▶️ Panaskan minyak. Goreng bahan-bahan yang telah di tumbuk atau dikisar menggunakan chopper. Goreng sehingga garing.
▶️ Kemudian masukkan kacang tanah yang telah dikisar. Tuangkan sedikit air.
▶️ Perasakan dengan garam secukupnya.
▶️ Masukkan gula merah. Guna gula putih pun boleh.
▶️ Gaul sebati sehingga kuah pekat dan masak. Kemudian tutup api.
▶️ Siap untuk dihidang bersama bahan-bahan lain.
BACA JUGA: Cara Masak Kailan Goreng Ikan Masin Yang Semestinya Menjadi Kesukaan Ramai. Mudah Je Dan Pastinya Sedap!
Siap semua bahan gado-gado. Nak hidang gado-gado ini senang je. Anda cuma perlu ambil sedikit setiap bahan gado-gado dan campur kesemuanya. Kemudian tuangkan kuah kacang dan gaul sebati.
Hidangan ini sedikit pedas dan sedikit manis, sudah pasti menjadi kesukaan ramai. Kuah kacang gado-gado lebih halus dibandingkan dengan kuah pecal. Lepas ni, pasti anda semua boleh buat gado-gado homemade. Memang sedap tau.
Hidangan ini kena makan dengan keropok ubi barulah terasa krup krap masa nak makan nanti. Semoga resepi gado-gado ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!