Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Peria Inti Kacang Merah Yang Mudah Dan Sedap. Sesuai Buat Minum Petang!

0 88

Siapa pernah makan kuih yang bentuk dia macam sayur peria? Kuih ni sedap sesuai dihidang untuk minum petang. Boleh letak macam-macam inti di dalamnya. Jom try resepi kuih peria inti kacang merah ni kat sini.

Nak buat kuih peria ni sama je bahan dia dengan cara kita buat kuih koci. Cuma takde lemak santan kat luarnya. Kuih tradisional macam ni kena selalu buat bagi anak-anak rasa. Takde la luput ditelan zaman nanti. 

Cara masak kuih ni jugak sama dengan kuih koci. Yang mana kuih ni akan di kukus atas daun pisang. Boleh dipelbagaikan warnanya ikut citarasa masing-masing. Kuih ni nak buat sedekah kat masjid atau hidang untuk kenduri kendara pun sesuai. 

Selain inti kacang merah, inti kuih ni jugak boleh dipelbagaikan. Contoh letak inti kacang tanah, kelapa parut salut gula melaka dan macam-macam lagi. Nak mudah lagi, pakai je kacang merah yang ready beli kat kedai.

Resepi kuih peria inti kacang merah ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Izamani Ismail. Rupanya kuih ni sangat senang nak buat ye. Tak guna banyak bahan pun. Hanya perlu tepung pulut, santan dan perasa. 

RESEPI KUIH PERIA INTI KACANG MERAH 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan dan step penyediaan kuih serupa sayur peria ni. Step penyediaannya seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Tepung pulut
  • Santan sederhana pekat
  • Garam halus
  • Pewarna

CARA PENYEDIAAN KUIH PERIA INTI KACANG MERAH : 

▶️ Masukkan tepung pulut dalam bekas.

▶️ Masukkan sedikit garam dalam santan.

▶️ Tuang santan ke dalam tepung pulut dan uli hingga menjadi doh seperti buat doh onde-onde.

▶️ Bahagi kepada 2 bahagian dan masukkan sedikit pewarna makanan hijau dan kuning.

▶️ Uli lagi agar doh warna sebati.

▶️ Timbang doh dalam 35gm dan inti 1/2 sb metrik.

▶️ Masukkan inti ke dalam doh dan buat lonjong.

▶️ Gariskan adunan dengan menggunakan pisau untuk menjadikan macam buah peria.

▶️ Kukus selama 15 minit @ sehingga masak.

 

BACA JUGA : Resepi Jantung Pisang Goreng Masak Goreng Pedas. Sedap Makan Panas-Panas!

 

Dah siap pun kuih peria kita. Sebijik bentuk sayur peria kan. Nak makan sayur dia pahit. Ha, kita buat kuih je la. Confirm tak cukup seketul makan kuih peria ni nanti. Lembut dan manis kacang merah di dalam. 

Kuih ni susah jugak jumpa orang jual kat luar. So, kalau nak makan kena la buat sendiri je kat rumah. Save siap-siap resepi ni. Kalau ada masa terluang boleh la buat kat rumah nanti. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Izamani Ismail kerana sudi berkongsi resepi kuih peria inti kacang merah ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open