Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Jantung Pisang Masak Goreng Pedas. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 111

Hari ni plan nak masak jantung pisang. Sebelum balik baik ambil jantung pisang belakang rumah dan masak lauk tengahari. Sampai ke malam nak panaskan pun boleh. Jom try resepi jantung pisang masak goreng pedas ni. Sedap!

Jantung pisang kalau masak goreng pedas macam ni memang tak boleh bawak bincang sedap dia. Layan pulak dengan nasi putih panas-panas confirm terangkat dibuatnya. Tak hidang lauk lain pun takpe dah.

Lauk ni pun dah cukup sedap. Rasa nikmat sebenar makan lauk kampung. Jantug pisang ni boleh masak macam-macam. Antaranya masak lemak jantung pisang. Campur dengan ikan kering extra lagi sedap weh.

Ada jugak yang makan jantung pisang ni dengan cara celur je. Layan pulak dengan sambal belacan buat ulam. Fuh! Orang kampung je tahu nikmat dia betul tak? Rugi tau siapa yang tak pernah makan jantung pisang ni.

Resepi jantung pisang masak goreng pedas ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu kak mung Real Mistik. Tengok kat gambar pun dah teringin dan tak sabar nak makan. Terus cari jantung pisang.

 

RESEPI JANTUNG PISANG MASAK GORENG PEDAS

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan jantung pisang masak goreng pedas ni. Step memasaknya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 biji jantung pisang
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup (ditumbuk kasar-kasar)
  • 10 bj cili api
  • Ikam bilis secukupnya
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Ali

CARA PENYEDIAAN JANTUNG PISANG MASAK GORENG PEDAS :

▶️ Bersihkan jantung pisang dan potong ikut suka lepas tu celur sekejap.

▶️ Toskan dan ramas-ramas, kemudian buang airnya.

▶️ Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan agak garing.

▶️ Masukkan jantung pisang dan sedikit air dan masak hingga air hampir kering.

▶️ Lepas tu masukkan garam dan aji ikut sesedap rasa tekak memasing. Gaul sebati.

▶️ Siap dan boleh padam api.

 

BACA JUGA : Resepi Kek Yogurt Sunquick Cheese. Gebu, Lembut Dan Sedap Sangat Hasilnya!

 

Kalau suka pedas boleh lebihkan lagi cili api. Nak basah-basah atau kering terpulang selera memasing. Tak mau getah jantung pisang melekat kat periuk letak minyak sikit masa celur nanti, so senang nak cuci periuk.

Mudah je kan nak masak lauk jantung pisang goreng pedas ni. Kalau dapat lauk ni, mesti korang tak cari lauk lain lagi. Cuti sekolah pun dah bermula. Semua sibuk nak balik kampung. Jangan lupa try resepi ni okey.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada kak mung “Real Mistik” kerana sudi berkongsi resepi jantung pisang masak goreng pedas ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open