Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Puding Karamel Pkp Tanpa Telur Tanpa Kukus. Rasa Yang Sedap Dan Tak Muak!

0 23,372

Jika kita masak menggunakan banyak telur ni, memang tak nafikan kadang-kadang akan cepat muak. Belum lagi jika ada yang alergi telur, terus tak boleh nak pegang makanan yang ada telur.

Kadang-kadang rasa sayang laa.. Makanan sedap tapi tak boleh nak jamah. Kalau siapa pernah makan puding caramel, memang tahu penggunaan telur wajib untuk dapatkan rasa yang sedap dan lembut.

Puding caramel biasanya sedap makan sejuk-sejuk. Dah siap, letak dalam peti ais. Biarkan seketika, kemudian dah sejuk keluarkan boleh makan buat hidangan minuman petang.

Kali ini resepi yang saya akan kongsikan ni adalah milik Nordiana Ab Kadil yang pernah belia share di facebook. Memang berita baik lah bagi mereka yang tak boleh makan telur atau yang risau muak makan telur banyak.

Sebab resepi ini ialah Puding Karamel Tanpa Telur. Dari segi tekstur dia sama seperti puding caramel yang lain. Dan rasa dia pun sedap sangat. Tak cepat muak bila kita makan.  Lebih menarik, puding karamel ni tak perlu kukus pun tau!

Boleh follow resepi yang saya kongsikan di bawah ye.

 

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 peket serbuk agar2 yang jernih @ (10gm)
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 3 sudu tepung kastard
  • Sedikit esen vanila

 

Karamel:

  • 3 sudu Gula pasir
  • 2 sudu air

CARA PENYEDIAAN PUDING KARAMEL TANPA TELUR :

▶ Masukkan gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil gula dibiarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air

▶ Kemudian masukkan ke dalam loyang

▶ Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati kemudian panaskan di atas api yang besar masak puding sehingga betul – betul mendidih dan pekat

▶ Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi

▶ Masukkan dalam peti sejuk sehingga 2 atau 3 jam

BACA JUGA: Cara Buat Lepat Ubi Dan Bako Ubi Yang Sedap. Resepi Uwan Dari Kampung!

▶ Bila puding dan betul-betul mengeras, terbalikkan loyang tadi di atas pinggan

▶ Sedia dihidang. Dan bolehlah potong puding karamel tersebut untuk dijamu seisi keluarga.

 

TIP-

▶ pastikan puding dimasak sehingga betul-betul mendidih dan kelihatan pekat untuk mendapatkan hasil yang cantik dan rasa yang sedap.

Waah! Bukan setakat Nampak mudah, tapi memang mudah nak buat puding karamel ni kan. Betul-betul memudahkan bagi orang yang tak ada pengukus atau yang tak boleh makan telur.

Terima kasih pemilik resepi sebab dapat membantu dan memberi manfaat kepada orang lain.

Semoga bermanfaat!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open