Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Sup Kepala Ikan Merah Paling Delicious! Sedap Dihirup Panas-Panas.
Sebut sahaja kepala ikan merah, mesti orang akan set nak buat sup kepala ikan merah. Sebab ikan merah ni kalau dibuat sup, hurmm tak terkata sedapnya. Kepala ikan merah ni buat masak asam pedas pun boleh, tapi buat sup lagi power.
Sup kepala ikan merah ini bukan sahaja sedap, mudah dan cepat tapi juga menjimatkan. Bahan mudah diperolehi, iaitu bahan asas memasak yang ada di rumah. Seperti bawang, halia, serbuk penumis dan lain-lain lagi. Bahan mudah sangat diperolehi kan?
Semua orang tahu, makanan yang berasakan sup ini adalah makanan yang lebih kepada penjagaan kesihatan. Mana taknya, makanan yang kurang minyak. Ha! minyak-minyak ni kena kurangkan tau kalau tak nak kena diabetes. Mulailah makan dengan semangkuk sup untuk mengisi lebih sedikit kalori. Pesanan ringkas je.
Kebiasaanya orang sakit, makanan yang berasakan sup ni akan menjadi satu kewajipan untuk dimakan. Kalau dah tak sihat dapat semangkuk sup kepala ikan merah dengan nasi putih cukup membuat badan kembali segar. Yang berpantang pun sesuai makan sup ni.
Sup kepala ikan merah ni sedap dimakan waktu cuaca sejuk. Tak ramai yang cuba buat sebab takut hanyir dan berbau, tapi jika anda ikut resepi yang dikongsi oleh Cik Puan Azleen Abdullah di facebooknya semua hanyir tu akan hilang.
RESEPI SUP KEPALA IKAN MERAH
Mudah je kalau nak hilangkan bau hanyir pada ikan merah ni. Lumur je dengan asam dan garam tak pun boleh perahkan limau dan biar seketika. Kemudian basuhlah bersih ikan tu. InsyaAllah bau hanyir tu hilang.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kepala ikan merah
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 biji bawangholland
- Bahan penumis 3 sekawan (bunga lawang, kayu manis, dan buah pelaga)
- 1 sudu besar biji ketumbar + 1/2 sudu kecil lada hitam (sangai kemudian tumbuk ) guna serbuk pun boleh
- 2 helai daun bay
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- Tomato,cili padi, daun sup terpulang pd anda nk letak byk mana.
CARA PENYEDIAAN RESEPI SUP KEPALA IKAN MERAH :
▶️ Mula-mula belah dua kepala ikan merah dan hilangkan bau hanyir. Boleh beli apa-apa jenis ikan mengikut cita rasa masing-masing. Basuhkan kepala ikan dan perah asam limau atau lumur je asam jawa. Rendam sekejap biarkan sehingga hanyir tadi hilang kemudian basuh bersih. Boleh juga guna apa-apa jenis limau, lemon, cuka ataupun gandum.
▶️ Dengan api yang sederhana, tuangkan sedikit minyak untuk menumis bawang merah, bawang putih, halia, dan bawang besar yang telah dihiris.
▶️ Tumiskan sekali serbuk jintan manis dan jintan putih bersama biji ketumbar dan lada hitamyang telah disangai dan ditumbuk tadi.
▶️ Masukkan rempah penumis 3 sekawan (bunga lawang, kayu manis, dan buah pelaga)
▶️ Setelah naik bau, masukkan air mengikut kuah yang anda nak. Apabila sup dah kelihatan mendidih, bolehlah masukkan kepala ikan merah tadi.
▶️ Sementara tunggu sup kepala ikan masak, boleh letak garam dan perasa. Letak kiub ayam pun boleh.
▶️ Terakhir sekali masukkan cili api, daun sup dan tomato. Tomato kena letak terakhir sekali takut terlebih lembut. Tomato kan cepat lembut. Da siap! dah boleh tutup api.
BACA JUGA: Pizza Roti Telur Ala Bakeri Yang Mudah Dan Sedap! Menu Sarapan Pagi Yang Mengenyangkan Anak-Anak Anda.
Huh! Senang sangat ni. Kalau sebelum ini anda bukan pengemar sup kepala ikan. Confirm selepas anda mencuba resepi sup kepala ikan merah ni anda akan menggemarinya.
Lepas ni kalau tak sihat bolehlah request dekat orang yang menjaga tu sup kepala ikan merah. Dapat semangkuk boleh sihat dibuatnya. Badan pun rasa lega bila makan yang bersup-sup ni.
Dengan aroma hidangan yang wangi, dilengkapi dengan rasanya yang amat luar biasa memang tak rugi kalau mencuba. Jadi tunggu apa lagi, jom masak resepi sup kepala ikan merah ni. Selamat mencuba!