Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Sate Ayam Dan Sate Daging Yang Lembut Dan Juicy. Resepi Sedap Sebijik Rasa Macam Pasar Malam!

0 62,390

Setiap kali balik kampung, ada pasar malam mesti akan beli sate banyak-banyak untuk hidangan makan beramai-ramai. Sedap betul bila kita makan sate yang isinya besar, dan murah. Rasa pulak ngam dengan kuah yang disediakan.

Tapi sekarang ni, agak susah sikit nak dapatkan sate dengan harga yang mampu milik. Jadi, bila jalan-jalan dekat facebook, terjumpa ada yang kongsikan macam mana cara buat sate yang sedap.

Paling menarik sekali, buat sate ni gunakan air fryer sahaja tau! Ingatkan susah, tapi rupanya mudah sangat nak buat dengan follow resepi milik Cik Puan Riena Eris. Bagus guna air fryer adalah sebab boleh kurangkan menggunakan minyak sebagai bahan setiap masakan.

Dekat bawah ni , saya kongsikan cara mudah dan cara sihat nak buat sate ayam dan sate daging.  Dengan menggunakan resepi ni, dapatlah kita cuba buat sebagai salah satu bahan jualan.

 

RESEPI SATE DAGING DAN SATE AYAM

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Isi ayam 1kg potong kiub
  • Daging lembu ½ kg potong kiub

 

BAHAN BLEND :

  • Bawang putih 5 ulas
  • Bawang besar 1 biji
  • Halia 2 inci
  • Serai 4 batang

BAHAN LAIN :

  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besarr serbuk ketumbar
  • 14 sudu besar gula putih (tak nk manis boleh kurangkan)
  • 3 sudu besa gula merah
  • Sedikit garam

▶  Mula-mula sekali, kisar bahn blend sehingga hancur lumat. Kemudian bahagikan kepada dua bahagian untuk ayam dan daging.

▶  Perapkan semua bahan-bahan tadi ke dalam bekas ayam dan bekasa daging yang dipotong kiub. Sebatikan perap semalaman dalam peti ais. Lagi lama perap lagi sedap

▶  Cucuk satay dengan lidi dan bakar dalam air fryer selama 40 minit dengan suhu 180-200c atau sehingga sate kita masak.

Air perapan satay tadi jangan buang. Boleh gunakan untuk kuah kacang. Cuma tambahkan beberapa bahan sahaja.

 

RESEPI KUAH KACANG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 10 tangkai cili kering yang diblend dan tumis
  • 1 serai ketuk
  • Kacang tanah yg digoreng dan kisar
  • Air asam jawa

BACA JUGA: Rahsia Buat Roti John Sedap Dengan Inti Yang Padu. Resepi Simple Rasa Sebijik Macam Dekat Pasar Malam!

CARA PENYEDIAAN KUAH KACANG :

▶  Panaskan minyak dan tumus cili kering yang dikisar sehingga pecah minyak.

▶  Kemudian, dah masak sampai pecah minyak, masukkan serai dan air asam jawa.

▶  Masukkan juga kacang tanah yang digoreng dan kisar kasar.

▶  Akhir sekali, perasakan dengan gula dan juga garam.

Senang betul ada resepi yang mudah dan simple macam ni. Bukan hanya ada satu, tapi ada dua resepi dalam satu perkongsian.

Dalam resepi sate ni saya kongsikan dua jenis sate iaitu sate ayam dan juga kuah kacang pun ada tau. Kita ni tinggal follow je step by step yang dikongsikan sebab ianya sudah cukup lengkap.

Boleh kongsikan dulu dekat wall facebook masing-masing cara buat sate ni supaya senang nanti kita nak buat. Dan biar ramai yang mendapat manfaat yang sama.

Untuk yang baru nak mula buat, saya ucapkan selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open